Aksi mandi manda dan bergambar di Infinity Pool Ibis Kuala Lumpur City Centre

09:00

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Sambungan daripada pengalaman menginap di Ibis Kuala Lumpur City Centre, kali ini hendak ceritakan satu tarikan yang ada di hotel Ibis iaitu kolam mandinya. Dikenali dengan nama Infinity Pool yang mana mengunjung yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk mandi sambil menikmati pemandangan hutan bandar.


Aksi mandi manda dan bergambar di Infinity Pool Ibis Kuala Lumpur City Centre | Menarik sangat ke kolamnya. Bagi fiza yang pertama kali ke sini memang rasa sangat teruja untuk bergambar di Infinity pool. Kalau korang google gambar-gambar infinity pool, memang korang akan terasa hendak mengalami pengalaman yang sama.

Kolam kanak-kanak
Kolam dewasa
Family Pic 1


Dedi sahut cabaran mama.
Betul-betul dia naik berdiri hujung kolam


Hajat Thaqif nak mandi kolam
Bersungguh main air
Bukan senang nak suruh Thaqif duduk bawah cendawan tu


Huwainaa memang suka mandi kolam
Bestnya mandi kat sini
Huwainaa macam terkejut je


Dedi pun join sama
Ramai perempuan yang mandi kat  sini pakai bikini. Kita pula yang malu tengok mereka-mereka ini. Tapi yelah itu hak dorang kan. Buat-buat tak nampak jelah.

Korang yang tak pernah ke sini dan hendak bergambar dan merasai mandi di infinity pool, boleh datang ke Ibis Kuala Lumpur City Centre. Hendak senang lagi boleh tempah di laman sesawang AGODA.





Wassalam.

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen