Find us on Facebook

Jamuan makan di RHB Complex Bangi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Baru sahaja lepas makan tengah hari maka mata pun mula kuyu. Untuk elak mengantuk Fiza update blog dulu. Cerita beberapa minggu lepas, suami telah mengajak Fiza dan anak-anak untuk pergi jamuan makan di RHB Complex Bangi bersama rakan sekerjanya yang lain. Katanya menu istimewa kambing golek.


Dengar sahaja kambing golek, memang terus cakap nak ikut. Tapi kalau suami Fiza pergi mana-mana pun memang Fiza akan ikut melainkan memang tidak boleh ikut.

Kenapa Huwainaa tengok mama macam tu?

Huwainaa dah sampai depan RHB Complex

Kakitangan yang hadir semuanya bawa famili. Kira besar juga majlis ini. Menu utama Nasi Beriani serta pelbagai lauk dan kuih muih. Mungkin ketibaan kami agak lambat kerana jalan memang sesak petang Sabtu tersebut, tiada lagi kambing golek yang tinggal penggolek sahaja.
 
Juadah yang disediakan

Suami bersama rakan sekerja

Huwainaa aka Kak Long kawasan,
banyaknya lolipop kat tangan abg Thaqif 

Dapat tak Fiza makan kambing golek tu? Alhamdulillah dapat lah merasa beberapa cebis daging kambing yang telah dipotong-potong. Sedap pula tu. Patut cepat sangat habisnya. Walaupun dapat merasa sedikit, kami pulang tetap dengan perut yang kenyang. 

Abang Thaqif pun happy sebab boleh bawa balik banyak lolipop dan Huwainaa pula pertama kali mama bagi green light untuk makan lolipop. Nak larang pun tak boleh, larang nanti alamatnya bergulinglah Huwainaa atas jalan sebab merajuk.

Wassalam.

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya jamuan klu ada kambing golek..:)

    ReplyDelete
  2. Wuhuu kambing golek sedapnya

    ReplyDelete
  3. dapat jugak kambing tu walau sikit.. jadila kan.
    memang bab bab kambing bakar ni laju je orang serbu eheh..

    ReplyDelete