Find us on Facebook

Orang berbudi Kita berbahasa

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Topik lebih kepada luahan perasaan sebenarnya. Perkara yang bermain di fikiran sejak semalam lagi. Hendak mula cerita dari mana pun Fiza tidak tahu.

Google Image : Gambar sekadar hiasan
Hati berat untuk mengatakan ya atau tidak. Orang berbudi kita berbahasa. Betul kita berbahasa jika mengenangkan jasa lama beliau kepada kami sekekuarga. Tetapi apabila memikirkan banyak fitnah yang ditujukan kepada Fiza sekeluarga, rasanya segala kebaikan tersebut terpadam dan malah memang hendak dilupakan.  

Cerita bermula apabila suami bercadang untuk mengambil semula kenalan lama kami atau lebih kepada warga veteran senang cerita (lagi 2-3 tahun umur cecah 60 tahun). Beliau pernah bekerja dengan kami dan pangkat paling besar. Dulunya kami hormat sebagai ayah. Tidak terfikir langsung untuk mengkhianatinya dan berbuat perkara tidak elok kepadanya. Beliau memang baik sangat dengan kami dan tidak dinafikan seluruh keluarganya.


Google Image : Gambar sekadar hiasan
Tetapi sesuatu yang tidak diduga berlaku. Kami difitnah oleh orang ketiga, keempat dan entah ke berapa. Dilemparkan dengan pelbagai tomahan. Apabila Fiza menulis sesuatu di IG dan FB, disalah sangka katanya menempelak beliau. Padahal status itu ditujukan kepada orang lain. Beliau memang suka bersangka buruk.

Fiza telah disisihkan dalam pejabat. Bukan sekali tetapi tidak terbilang banyaknya. Macam-macam perkara yang berlaku waktu itu. Sehinggakan anak menantu beliau juga membenci kami sekeluarga. Facebook dan IG Fiza pun diblock. Mungkin terlalu benci. Sehinggakan waktu beliau hendak berhenti berkhidmat pun masih juga sempat beliau menyebarkan fitnah. Mungkin dengan niat Fiza juga akan berhenti bekerja kerana tidak tahan dugaan.

Setelah beliau berhenti, fitnah masih berjalan. Beliau meminta kakitangan pejabat untuk tidak keluar makan bersama Fiza. Sebolehnya biarkan Fiza berseorangan. Macam mana Fiza boleh tahu? Ada juga manusia yang masih dapat membezakan fitnah dan kebenaran. Tetapi tidak apa sebab Fiza memang senang berseorangan ke mana-mana tanpa kawan.

Allah maha besar. Adakah Fiza berhenti bekerja? Jawapannya tidak. Selagi Allah memberi rezeki untuk bekerja, Fiza akan terus bekerja. Fiza masih lagi bekerja seperti biasa walaupun ramai kakitangan yang masih termakan fitnah yang ditinggalkan dan beliau yang telah berhenti tidak tahu hidup di mana. Fiza membiarkan sahaja semua ini hapus ditelan waktu.


Google Image : Gambar sekadar hiasan
3 tahun telah berlalu dan semuanya telah Fiza lupakan sedikit demi sedikit tetapi terasa dendam tetap ada walaupun cuba untuk memaafkan. Semalam timbul semula cerita beliau yang mana suami berhajat untuk membawa beliau bekerja bersama-sama di tempat baru. Dalam hati Fiza terdetik betulkah tindakan suami Fiza itu. 

Mungkin suami telah memaafkan tapi Fiza tidak. Fiza lebih banyak makan hati dengan isteri "keduanya" dan menantunya yang berlagak serta cerita-cerita fitnah yang tidak pernah betul.

Betul orang cakap lelaki memang susah untuk simpan dendam tidak seperti perempuan. Mereka masih boleh berbaik-baik walaupun dulunya pernah hampir dibunuh oleh fitnah tapi perempuan tidak. Suami pun telah menelefon beliau untuk tawaran kerja tersebut. Apa lagi yang Fiza hendak bangkangkan.



Google Image : Gambar sekadar hiasan
Jika memang rezeki beliau di situ, siapa kita untuk menidakkan. Cuma satu Fiza hendak beliau sedar yang kami tidak seburuk dan sejahat yang beliau fitnahkan. Harap keluarganya juga sedar diri dan buang sifat berlagak yang tidak tentu hala. Biar Allah beri petunjuk kepadanya. 

Jangan diganggu keluarga kami lagi dan Fiza akan pastikan kami tidak akan berbaik macam dulu. Pisang tidak akan berbuah dua kali. Orang luar tetap orang luar tidak mungkin akan baik seperti keluarga sendiri. Itulah silap kami kerana terlalu baik dengan orang.

Memaafkan mungkin boleh namun untuk melupakan tidak. Satu sahaja yang Fiza hendak pesan sekiranya beliau membaca penulisan Fiza ini bahawa Fiza masih tidak memaafkan beliau kerana beliau tidak pernah pun memohon maaf kepada kami sekeluarga. Fiza memang harap sangat beliau dapat membacanya dan beliau tahu Fiza mempunyai blog. 

Akhir kata, orang berbudi kita berbahasa, orang tidak kenang budi, kita bagi bahasa.


Aku insan biasa
Sekian. Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. memang lumrah hidup fiza..mna2 kita pergi mesti ada dugaan..:)

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya baik-baik belaka buat Fiza sekeluarga.

    ReplyDelete