Pengalaman menginap di ibis Kuala Lumpur City Centre

13:20

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.


Assalamualaikum. Selamat kembali bekerja di hari Isnin. Setelah selesai update satu per satu entry, tiba masa untuk update cerita kami menginap di hotel yang agak dikenali juga kerana infinity poolnya. 

Hotel Ibis yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur menjadi pilihan kami pada saat akhir dan tidak dirancang langsung. Mujur ada Agoda yang banyak membantu kami dalam membuat tempahan hotel. 



Pengalaman menginap di ibis Kuala Lumpur City Centre | Kebetulan hari Isnin cuti umum sempena Hari Thaipusam, jadi kami ambil keputusan untuk menginap di hotel Ibis pada hari Ahad. Boleh santai-santai dengan anak-anak di hotel sambil mandi kolam. Thaqif pun hendak sangat bermain air kolam.

Eksited masing-masing dengan pelampung nak mandi kolam
Hotel yang paling dekat dengan rumah yang kami pernah menginap. Perjalanan hanya 40 minit sahaja. Disebabkan hendak tunaikan permintaan Thaqif, kami membuat tempahan pada pukul 1 tengah hari. Dijangka check in pukul 3 petang. Mama pun sepantas kilat mengemas baju dan barang-barang untuk dibawa ke hotel.

Kaunter Penyambut Tetamu
Lobi


Pukul 3 petang kami check in. Masuk sahaja bilik hotel memang rasa mewah walaupun biliknya tidaklah besar. Katil bersaiz Queen Standard muat untuk kami 4 beranak. Jom tengok kemudahan lain yang disediakan dalam bilik comel ini.

Queen Standard

Almari baju, meja tulis, telefon dan peralatan untuk membuat air
Televisyen, siaran pun banyak boleh tengok


Bilik air

Boleh lihat pemandangan KLCC dari sini

Dapat lihat KLCC dari bilik kami
Jarang orang hendak menginap di hotel dengan pemandangan hutan batu. Betul tak?  Walaupun hutan batu tetapi rasa selesa sahaja kerana tidak perlu risau, tiada sebarang bunyi bising pun dapart didengari kerana tingkapnya memang tidak boleh dibuka. 
  
Cafe
Dining Area "Kampung Kitchen"
Laluan untuk ke Spa, Pool dan Gym


The Asia Spa

Infinity pool tingkat 31

Bila tengok kolam, memang tidak sabar nak mandi. Aksi mandi manda di kolam Fiza akan ceritakan dalam entry blog seterusnya sebab terlalu banyak gambar yang hendak dikongsikan.

Makan malam kami sangat istimewa di Kampung Kitchen. Makanan pun sedap setanding harganya juga. Kami dihidangkan dengan menu masakan kampung. 

Muka lapar lepas penat berenang petang tadi
Mushroom soup
Nasi putih dengan gulai ayam pekat melekat
Spaghetti Bolognese
Pencuci mulut
Minum kopi bertemankan KLCC di malam hari 

Pengalaman menginap di hotel Ibis memang sangat best, berbaloi dan selesa. Terasa waktu terlalu cepat berlalu memandangkan kami check in pun lambat disebabkan last minute merancang untuk menginap di hotel. 

Kami akan mandi kolam lagi esok pagi kerana tidak mahu rugi menginap di sini. Anak-anak pun tidur awal pada malam itu kerana kepenatan. Korang yang datang ke Kuala Lumpur, memang Fiza mencadangkan untuk menginap di sini. 

Untuk tempahan, korang boleh ke laman sesawang AGODA. 

Wassalam. 

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. wow swimming pool dia menariknya ! orang dewasa pun rasa teruja ni nak kuak kekupu =D

    ReplyDelete


Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah