Find us on Facebook

Ladang Teh Boh Sg. Palas, Cameron Highlands semakin ramai pengunjung

Assalamualaikum. Hari ini sudah masuk bulan April 2019. Lebih kurang sebulan sahaja lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Minggu lepas memang sibuk sangat dengan job review di FB, IG dan blog. Walaupun tidak banyak tawaran tetapi untuk menghasilkan review yang terbaik memang memakan masa. 

Hari ini Fiza hendak teruskan cerita mengenai perjalanan kami ke Cameron Highland sebulan yang lepas. Bagi yang pernah membaca, kami ke sini membawa anak-anak bercuti. Huwainaa pertama kali ke sini dan 1 Mac juga merupakan sambutan hari lahir ke-4 Thaqif Khalaf.

Papan tanda baharu di BOH Tea Plantation

Ladang Teh Boh Sg. Palas, Cameron Highlands semakin ramai pengunjung | Walaupun bukan cuti sekolah, Cameron Highland tetap ramai pengunjung. Ini adalah kunjungan kali kedua Fiza bersama suami. Waktu itu Thaqif pun tiada lagi.

Selepas check out dari Smuft Inn Homestay, kami terus menuju ke Ladang Teh Boh yang terletak di Sg. Palas, Cameron Highlands. Bagi yang pertama kali ke sini, papan tandanya agak tersorok dan kalau boleh gunakan GPS untuk elak terlepas pandang.



Waktu ini kereta pengunjung ditahan untuk memberi laluan kepada kereta lain

Jalannya menuju ke puncak Ladang Boh memang agak mencabar kerana laluannya hanya terhad untuk laluan satu kereta sahaja. Mujur sekarang ini sudah ada pekerja yang menjaga laluan. Itu belum lagi terserempak dengan bas, memang sangat mencabar bila bertembung dengan kenderaan besar di tepi cerun bukit. 

Pengawal lalu lintas

Laluan untuk ke Tea Centre 

Kami tiba di sini tepat jam 11 pagi hari Sabtu. Kami ingatkan kami antara terawal. Jangkaan meleset kerana pengunjung yang sudah ramai sehinggakan sukar untuk mendapat tempat letak kereta. 

Jom mendaki, tengok Thaqif bersungguh mendaki tangga 

Untuk ke cafe Boh, pengunjung perlu mendaki bukit. Disarankan untuk memakai kasut dan elakkan kasut bertumit tinggi. Walaupun mendaki tetapi disebabkan udara yang sejuk dan nyaman, tidak terasa penat. 

Tempat wajib bergambar 

Alhamdulillah, sampai juga ke sini 

Sampai sahaja di atas, kami terus mencari meja kosong. Huwainaa pula nyenyak tidur. Senang nak handle abg Thaqif sorang. Kami menunggu dedi membeli air dan makanan hampir setengah jam. Memang kena banyak bersabar tambah pula dengan anak kecil. Mujur Huwainaa tidur. 

Abang Thaqif merajuk, mama tak bagi main Handphone


Jom Makan

Menu ringkas sebelum bertolak turun

Cheese Cake Carrot

Strawberry Cake

Thaqif dan Huwainaa pandang ke mana tu



Cantik pemandangan Ladang Teh dari sini




Sebelum pulang, kami singgah membeli buah Strawberry di gerai di tepi jalan beserta coklat celup untuk dibawa pulang. Harga memang sangat murah, cantik dan strawberrynya pula manis-manis. 



Berakhir sudah catatan perjalanan kami ke Cameron Highland selama 2 hari 1 malam menginap di Smurf Inn Homestay, menikmati strawberry waffle dan strawberry split di Kg. Taman Sedia, iaitu kawasan strawberry orang melayu. Sempat menikmati ais krim lavender di Cameron Lavender Garden dan kunjungan terakhir di Ladang Teh Boh Sg. Palas. 

Memang seronok dapat berjalan dan makan angin bersama suami dan anak-anak. Yang pastinya kunjungan ke Cameron Highlands memang tidak pernah membosankan walaupun jalan sesak kerana terlalu banyak tempat yang menarik untuk dilawati. In syaa Allah kami akan ke sini lagi jika diberikan peluang dan masa. 

Wassalam. 

Post a Comment

4 Comments

  1. walaupun mengah2 nak panjat naik atas tu.. kugagahi jua ceritanya. nak makan kek hehe.. memang orang x pernah x ramai kat situuu.. sabar jele hehe..

    ReplyDelete
  2. comel la baju huwaina tu..:)

    ReplyDelete