Pengalaman menginap di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping, hotel mesra muslim

13:02

Assalamualaikum. Lama Fiza tinggalkan diari ini semata-mata untuk memberi laluan kepada job review yang datang. Hari ini Fiza tangguhkan job review yang ada demi untuk menceritakan pengalaman kami bercuti bulan lepas yang masih tertangguh. 


Pengalaman menginap di The Regency Hotel Seri Warisan Taiping, hotel mesra muslim | Setelah selesai bercuti di Cameron Highland, kami bercadang untuk pergi membawa anak-anak ke Taiping. Pertama kali Fiza menjejakkan kaki di sini dan tempat menarik di Taiping adalah Zoo Taiping. 

Kami ke Taiping untuk 2 hari 1 malam dan menginap di The Regency Hotel Seri Warisan yang terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Seperti biasa tempahan dibuat di laman sesawang Agoda

The Regency Hotel Seri Warisan
Kaunter Penyambut Tetamu
Lobi Hotel
Ruangan ke bilik-bilik
Ruangan televisyen dan meja solekan

Almari pakaian, meja kopi dan room service menu
Bilik Katil Deluxe Single

Bilik mandi dan toiletries

Pemanas air dan paket minuman segera


The Regency Hotel Seri Warisan adalah hotel yang sangat mesra muslim. Waktu kami berehat-rehat di dalam bilik boleh terdengar bacaan ayat al-quran di kaki lima bilik. Azan pun mereka akan pasang setiap jam menjadikan hotel terasa sangat tenang dan selesa. Kita yang beragama Islam memang suka sangat dengan hotel sebegini bukan.

Penginapan kami juga disertakan dengan sarapan pagi. Sarapan pagi di sini agak ringkas tetapi menu nasi lemak tetap ada buat pengunjung yang penginap di sini. Orang luar juga boleh bersarapan di sini kerana pintu masuk cafe di luar bahagian hotel.

Menu sarapan pagi
Sarapan pagi kami 



Nasi lemak memang wajib untuk Fiza
Thaqif jeling apa tu


Selesai sarapan, kami terus check out kerana kami hendak teruskan lawatan ke Zoo Taiping yang hanya memakan masa selama 5 minit sahaja dari hotel tempat kami menginap. Tidak jauh dan hotel ini sangat strategik untuk mereka yang hendak berjalan-jalan di Bandar Taiping. 

Apa yang menarik di Zoo Taiping? Bagaimana reaksi Thaqif dan Huwainaa pertama kali melihat gajah? Fiza akan ceritakan dalam enrty seterusnya.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. Suka tngok kawasan lobi tu. Bilik pun okeylaa nampak, kemas dan bersih. :)

    ReplyDelete
  2. Kite pun stay sini bila balik Taiping. Best sangat hotel ni. Lepas maghrib diorang pasang ayat al-quran. Tenang je rasa. Bilik fiza ni macam sama je bilik kitorang stay aritu๐Ÿ˜… hehe

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah