Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion gabungan formulasi penyegar dan pelembab

10:55

Assalamualaikum. Safi memperkenalkan lagi produk terbaharu iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion yang mana ia adalah losyen untuk kulit wajah.


Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion gabungan formulasi penyegar dan pelembab | Seperti biasa Fiza memang sangat teruja untuk memperkenalkan produk Safi yang diyakini kesuciannya. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas. 


Dengan kesan pemutihan tambahan, losyen ini mampu juga memberikan kesan lembapan yang optimum. Dengan kata lain, selain memutihkan kulit, kulit kita juga akan terasa lembut kerana ia juga melembabkan kulit.



Keistimewaan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion

Safi Balqis OxyWhite merupakan Losyen Pencerah Menghidrat yang bertindak dengan memberikan 2x penghidratan* dan kesegaran dengan satu penggunaan serta meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari. 

Mengandungi  5 jenis Hyaluronic Acid iaitu 

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid 


Cara Penggunaan

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion sangat mudah untuk digunakan. Hanya tuang atas telapak tangan untuk sapuan di muka, atau sapuan atas tangan.

Apabila disapu pada kulit ianya mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Sapuan boleh dibuat sebelum menggunakan solekan kerana losyen ini didatangkan dengan Infrared (IR) protection atau pun sapuan sebelum tidur.


Keistimewaan Lain

Selain itu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.



Didatangkan dengan botol bersaiz kecil 100ML dengan harga mampu milik. Mudah untuk dibawa ke mana-mana dan menjadi barang wajib Fiza bawa dalam beg tangan untuk ke pejabat.




Mana nak dapat losyen penyegar sekaligus melempapkan kulit muka nie? Korang boleh beli secara online dan juga di farmasi terpilih. Bagi Fiza ia adalah losyen 2 dalam 1 yang elok dimiliki oleh semua orang yang mementingkan penjagaan kulit.

Untuk maklumat dan info lebih lanjut, layari https://safi.com.my.

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

  1. Terbaik safi. Salah satu produk local yang dipercayai dari dulu 👍

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah