Cara menyemak nombor pendaftaran ubat-ubatan dan produk kecantikan

13:09

Assalamualaikum. Fiza rasa terpanggil untuk berkongsi kepada semua pembaca betapa pentingnya kita menyemak nombor pendaftaran ubat-ubatan, produk kesihatan dan juga produk-produk kecantikan. Ini bagi memastikan produk yang kita ambil dan guna tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari. 

Kredit : Google Image
Penulis di bawah Fiza ambil dari laman portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjawab soalan lazim Bagaimana mengenal pasti ubat-ubatan berdaftar? 

(Copy and Paste)

Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan bagi memastikan kualiti, dan keselamatan produk farmaseutikal serta ubat-ubatan traditional terjamin untuk digunakan oleh masyarakat Malaysia. Selain itu, penilaian keberkesanan juga dijalankan bagi memastikan produk farmaseutikal yang berada dipasaran tempatan adalah berkesan.

Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama iaitu:
  • Nombor Pendaftaran MAL
  • Pelekat Hologram MeditagTM

Kedua-dua ciri ini perlu dipamerkan pada setiap pek jualan ubat-ubatan.


Nombor Pendaftaran MAL

Nombor pendaftaran MAL dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 angka, dan diakhiri dengan kod produk.

Contoh Nombor pendaftaran MAL : MAL12345678X

Maksud bagi setiap Kod Produk adalah seperti yang berikut:

A: Ubat terkawal (Ubat preskripsi)

X: Ubat terkawal tanpa preskripsi atau ubat over-the-counter (OTC)

T: Ubat tradisional

N: Suplemen kesihatan contohnya vitamin atau mineral


Pelekat Hologram MeditagTM


Ketulenan Pelekat Hologram boleh disemak menggunakan :

a. Dekoder MeditagTM

Alat ini disediakan di kedai-kedai farmasi. Pengguna boleh membawa ubat ke kedai farmasi berdekatan untuk membuat semakan. 

b. Aplikasi MeditagTM Checker

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Android Google Play (untuk pengguna telefon bimbit jenis android) atau OS Apps Store (untuk pengguna telefon bimbit jenis iPhone).


Sebelum menggunakan ubat-ubatan, pastikan produk tersebut mempunyai Nombor Pendaftaran MAL dan Pelekat Hologram MeditagTM. Pengguna juga boleh menyemak status pendaftaran produk farmaseutikal melalui:

a. Laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Pautan laman sesawang NPRA adalah http://npra.moh.gov.my/. Pengguna boleh menggunakan butang “Produk Status” untuk memulakan pencarian. 

b. Aplikasi MediQuest

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Android Google Play (untuk pengguna telefon bimbit jenis android) atau OS Apps Store (untuk pengguna telefon bimbit jenis iPhone).

Sudah jelas bukan? Hanya perlu ke laman sesawang National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan buat semakan. Bertindak sebelum menyesal.

Wassalam.


You Might Also Like

0 kitty baik hati komen


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah