Majlis Aqiqah Huwainaa Khayra

16:22

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada 12 Ogos 2019, kami telah mengadakan Majlis Akikah untuk anak perempuan kami Huwainaa Khayra pada umurnya 20 bulan. Majlis diadakan dengan sederhana di Tanah Merah, Kelantan.


Kami sekeluarga mengambil satu bahagian lembu untuk akikahkan Huwainaa pada Hari Raya Korban. Keesokkan harinya kami mengadakan majlis akikah. Ramai yang datang memeriahkan majlis termasuk kaum keluarga, saudara mara, jiran dan juga penduduk kampung.

Hari Raya Korban

Antara menu utama pada hari tersebut adalah sup tulang lembu. Menu lain adalah daging goreng kunyit, gulai daging, kerabu perut, sambal cicah serta ulam ulaman. Dadih dan tembikai sebagai pencuci mulut.

Juadah buat tetamu
Sup tulang, termasuk sekali gear box

Daging goreng kunyit

Ulam-ulaman, petai, jering dan timun
Kerabu perut (air asam)
Sambal cili
Dadih


Mek Rara
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan makanan juga habis. Syukur kerana tetamu datang tanpa putus dan semangat kejiranan yang ada memang Fiza puji sangat-sangat. Walaupun dalam satu kampung boleh dikatakan banyak juga rumah yang buat makan, tetapi mereka tetap luangkan masa untuk datang makan walaupun perut sudah kenyang.

Selesai sudah tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk akikah anak kami yang kedua. Memang lega walaupun sedikit penat. Paling bersyukur dapat menyempurnakan ibadah aqiqah buat anak perempuan kami.

Bacaan berkaitan : Majlis Akikah Thaqif Khalaf

Wassalam. 

You Might Also Like

8 kitty baik hati komen

  1. Uishhh menu sedapnyaaa. telan air liur tgh2 malam ni hehehe
    semoga huwainaa khayra membesar menjadi anak yg solehah san menyenangkan ibu bapa serta org sekeliling tau sayangg
    jalan2 sini https://theathra.blogspot.com/ :D

    ReplyDelete
  2. dah besar Huwaina, abg dia pun sma =) comel je dua2. Insyallah mbesar mjadi ank soleh & solehah, amin ya rabb

    salam jumaat awk, lama ju xblogwalking. Baru ni aktif blog balik =D

    ReplyDelete
  3. la...baru tahu suami fiza org tanah merah. abe kie pun dok sini. lain kali jemput la mari umah bila balik raya.

    ReplyDelete
  4. ala comelnyeee pakai tudung..

    ReplyDelete
  5. bestnya kerabu perut tu. akak ke Kelantan baru2 ni baru pandai makan usus muda. sedapnyaaaa..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah