Impian mengerjakan umrah dengan Pakej Umrah TH Travel & Services

16:14

Assalamualaikum. Cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi. Mesti korang telah merancang destinasi percutian untuk keluarga dan anak-anak kan. Bercuti siapa yang tidak suka, tapi impian bercuti sambil menunaikan umrah memang telah lama terdetik di hati. Dan lebih seronok jika impian ini dapat dikongsi bersama dengan mak dan abah.  In syaa Allah suatu hari nanti dan ianya tidak mustahil. 

Sumber image : https://www.thts.com.my/umrah
Bercerita pasal umrah, Fiza memang ada terbaca dan membuat carian mengenai pakej-pakej umrah yang ada di negara kita. Tetapi yang menjadi pilihan Fiza dan suami adalah Pakej Umrah TH Travel & Services dan kalau diberi peluang memang Fiza hendak menunaikan umrah pada bulan Ramadhan 2020


Sumber image : https://www.thts.com.my/umrah


Seperti yang kita sedia maklum, Pakej Umrah TH Travel & Services adalah pakej yang di tawarkan sendiri oleh Lembaga Tabung Haji dan semestinya ia memberikan kualiti servis terbaik. Memandangkan ia adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji TH, semestinya perkhidmatan yang ditawarkan terjamin dan terhindar daripada penipuan.

TH Travel & Service berpengalaman luas dalam mengendalikan urusan jemaah haji setiap tahun ke Tanah Suci tanpa gagal dan sememangnya Fiza tidak ragu untuk memilih pakej umrah yang dimiliki oleh TH Travel & Services.

Sumber image : https://www.thts.com.my/umrah
Antara contoh PAKEJ HIJRA dengan harga bermula serendah RM 5,190.00 yang Fiza ingin kongsikan. Para jemaah berpeluang untuk :

  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Bilik hotel selesa dan lain-lain
Apa yang Fiza senaraikan di atas tidak lengkap. Ada lagi 7 pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan para jemaah. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati sendiri website TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Sumber image : https://www.thts.com.my/umrah

Kesimpulannya, Pakej Umrah TH Travel & Services adalah pakej umrah yang terbaik di Malaysia. Ia dijamin selamat, mempunyai Perlindungan Takaful Berkelompok, servis yang diyakini dan paling penting tiada kerisauan terhadap kes penipuan. 

Nak menunaikan umrah hati mestilah tenang. Lagipun sudah ramai saudara mara Fiza yang menggunakan Pakej Umrah TH Travel & Services. Sememangnya Fiza tidak ragu untuk memilih pakej ini.

Semoga impian Fiza untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarga termasuk mak dan abah tercapai. In syaa Allah, Amin.

Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. InsyaAllah..pakej menarik & agen yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah dengan limpah kurnianya. Semoga perjalanan Sis selamat pergi dan balik ye. Terima kasih atas perkongsian ini. Doakan LeYa juga dapat ke sana ye

    ReplyDelete
  3. aamiin.. in shaa Allah.. semoga hajat dan impian fiza termakbul.. hee~ doakan atie juga ya.. teringin nak jejak Tanah Haram..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah