Natugee Health Event & Mrs Malaysia World | "Healthy is the New Happy"

16:55

Assalamualaikum. Seperti yang ramai sedia maklum, bulan Oktober adalah bulan kesedaran mengenai kanser payudara. Untuk itu Fiza berpeluang untuk menghadiri satu majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang yang dianjurkan oleh Natugee & Mrs Malaysia World di Furama Hotel Bukit Bintang.


Natugee Health Event & Mrs Malaysia World | Majlis telah berlansung pada 20 Oktober 2019 yang lalu dengan penglibatan beberapa penganjur besar antaranya ialah Natugee selaku Main Organizer, Official Media Partner The AsianParent Malaysia, Official Decorator CHIIO, Official Venue Sponsor Furama Hotel Bukit Bintang dan beberapa gift sponsor seperti @bondahaven @narinar.malaysia @loveramalaysia @wirdorahq @jamutunteja_hq
@eorioffocial.


Bertemakan "Healthy is the new happy! A better you today", upacara ini dijayakan oleh beberapa penalis-penalis hebat seperti Rena Rifae (Founder dan CEO Natugee Sdn Bhd), Dr. Linda Mat Hassin (A Certified Advance Hormone Theraphy & Wellness Medical Doctor), Datin Harveen Kaur (Mrs Malaysia World 2017 and National Director for Mrs Malaysia World) Kaur dan Diana Danielle (Celebrity Personality & Artist).

Main Organizer Natugee - The Best Natural Anti-Aging Skincare
Dr. Norhaslinda atau lebih dikenali lagi dengan nama Dr. Linda Mat Hassin is a highly trained for aesthetics and anti aging, holistic consultation in this area helping women embracing life through healthy aging (FB page Dr Linda Mat Hassin).

Dr. Linda Mat Hassin
Beliau memulakan ucapan dengan mengisahkan diri beliau sendiri pada awalnya mengalami masalah berat badan dan kemudiannya beliau nekad untuk mengurangkan berat badan. Antara perkara yang dibahaskan adalah pengenalan kepada Healthy Aging dan 6 pillars of Healthy Aging.


Masalah hormon juga selalu dikaitkan dengan wanita apabila mula memasuki umur 30 an. "Kekurangan hormon wanita pada wanita muda bermula pada usia 30 tahun sebelum menopause" itu yang telah ditekankan oleh Dr. Linda yang mana wanita tidaklah sepatutnya tidak terlalu risau tetapi jangan ambil ringan. Lakukan 6 pillars for Aging Gracefully. Untuk lebih faham, boleh rujuk gambar slide di bawah.



Setelah selesai sesi bersama Dr. Linda, sesi bersama Natugee pula iaitu Pn. Rena Rifae (Founder dan CEO Natugee Sdn Bhd) yang mana beliau sangat menekan mengenai produk kecantikan berasaskan organik.

Ibu anak 5 ini mengisahkan bagaimana beliau boleh memasuki natural lifestyle. Betapa pentingnya memilih produk atau kosmetik yang berasakan organik. Beliau menekankan aspek baca LABEL kosmetik sebelum membeli kerana ramai pembeli hanya tertarik pada jenama dan rekabentuk produk. 

Pn. Rena Rifae

Natugee terdiri daripada Anti-Aging Power Moisturizer, Advanced Vitamin C Treatment dan Deep Cleansing Lotion. Terdapat Natugee Premier Package dan Discovery Kit. 

Pakej Natugee Premier ini terdiri daripada:
  • Deep Cleansing Lotion 50ML
  • Advance Vitamin C Treatment 15ML
  • Anti-Aging Power Moisturizer 15ML
Untuk mudah dibawa ke mana-mana, dengan saiz agak kecil boleh dapatkan Discovery Kit kerana ia terdiri daripada:
  • Deep Cleansing Lotion 15ML
  • Advance Vitamin C Treatment 8ML
  • Anti-Aging Power Moisturizer 8 ML
Natugee adalah Natural and organic skincare. Tiada Pewarna tiruan, Tiada parabens, Tiada SLS / SLES, Cruelty Free dan Tiada Wangian tiruan. 



Sesi terakhir adalah sesi bersama semua panelis-panelis yang hadir dengan jemputan khas iaitu Diana Danielle. Siapa tak kenal beliau artis kacukan American-Malaysian yang cantik dan ibu kepada 2 orang anak. Dalam sesi ini, masing-masing berkongsi kisah hidup yang mana Diana juga turut berkongsi sedikit kisah dukanya.

Tetapi beliau bangkit untuk teruskan hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya "She change the eats well diets, foster good relationship, doing exercise and dancing and gets enough sleep". "She manage to reduce the stress with her own way" itu yang dikatakan oleh Dr. Linda yang mana ia mendapat tepukan gemuruh semua tetamu yang hadir.

Panelis-panelis yang hadir

Sumber imej : FB Natugee

Jarang juga dapat pergi event bawa anak-anak. Tapi kali ini memang best, sabab Fiza ke event dengan membawa sekali suami dan anak-anak. Terima kasih The ParentAsian kerana menyediakan tempat untuk anak-anak bermain, iaitu di Waka-waka KL yang terletak di dalam bangunan hotel yang sama.

Booth pameran The AsianParent
Booth pameran Waka-Waka
Food Decoration by Furama Hotel

Sedap dan manis-manis juadah yang pihak hotel sediakan
Spin the wheel, dapat 1 hour Fress Enterance Ticket

Barisan Finalis Mrs Malaysia World 2019
Waka Waka KL merupakan indoor playground bertemakan Safari, untuk kanak-kanak dari 9 bulan hingga 14 tahun. Terletak di Annex@Furama Hotel.

Macam-macam permainan ada. Thaqif memang tak berhenti main, dah penat pun tak nak berhenti. nak berlari, nak berguling, nak memanjat memang sinilah tempatnya.

Untuk cerita penuh di Waka-waka, Fiza akan update dalam entry seterusnya.






Ribuan terima kasih juga buat penaja. Antara barangan yang Fiza dapat untuk dibawa pulang adalah seperti: 


1. Natugee Deep Cleansing Lotion 20ml & Natugee Happy Skin Mask



2. Narinar Aromatheraphy Oils 



3. BondaHaven Spa 



4. Jamu Tun Teja MEKAR Breast Herbal Firming Cream (For Moms only) 



5. Lovera Magic Jelly Baby - Multipurpose Gel for baby skin (For Moms only) 



6. Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set 



7. Eori Eczema Wonder Skin Oil 



8. CHIIO by The Nitty Gritty - Decoration redeemable for a birthday, anniversary or eventSkin Mask 




Semuanya produk adalah berteraskan penjagaan kesihatan. Kalau rajin Fiza akan review satu per satu produk yang ada. Setakat ini baru cuba BondaHaven Spa roll on. Bau dia memang sedap sangat. Sapu pada pergelangan tangan memang rasa tenang.


Akhir kata, tahniah buat Natugee atas penganjuran majlis, Good luck buat semua finalist Mrs Malaysia World 2019, dan terima kasih pada penganjur serta sponsor-sponsor yang terlibat. Banyak ilmu dan informasi yang berguna Fiza perolehi daripada majlis ini. Semoga bertemu lagi. In syaa Allah.

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah