KONTRAKTOR RUMAH SHAH ALAM – NAS NURI CONSTRUCTION

14:49

Shah Alam adalah Pusat Bandar dan merupakan Ibu Negeri Selangor. Mengikut sejarah Shah Alam adalah merupakan pengganti kepada Kuala Lumpur sebagai Ibu Negeri Selangor pada tahun 1978 berikutan penggabungan Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan tahun 1974.


KONTRAKTOR RUMAH SHAH ALAM – NAS NURI CONSTRUCTION | Adalah menjadi keuntungan besar bagi mereka mampu membina rumah sendiri di atas tanah sendiri di Shah alam. Sudah semestinya ia adalah kawasan yang sangat berbaloi dan bagus untuk pembinaan rumah. Pada masa ini Shah Alam juga telah berkembang maju serta mempunyai pelbagai pusat membeli belah yang terkemuka seperti SACC Mall, AEON Big Mall, Setia City Mall, Icity Mall dan banyak lagi. Shah Alam juga banyak hotel best. Baca di sini - https://sukamakanjalan.blogspot.com/2017/12/hotel-di-shah-alam-terbaik-murah.html?m=1

Kemudahan pengangkutan juga semakin rancak berkembang dan dengan bakal adanya LRT3 yang dijangka siap pada tahun 2024, ia akan menaiktarafkan lagi bandaraya Shah Alam.

Google Image : SACC Mall Shah Alam
Google Image : LRT 3 Bakal Siap Menjelang 2020
Google Image : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Jika diberi pilihan, semestinya seksyen 14 adalah kawasan yang sangat indah untuk didiami kerana ia merupakan kawasan yang strategik serta mempunyai banyak kemudahan. Selain itu, kemudahan seperti tempat makan menjadi daya penarik bagi golongan muda untuk menjadikan Shah Alam sebagai kediaman tetap mereka.

Selain itu terdapat pelbagai kemudahan yang pasti menarik perhatian di Sekyen 14 antaranya UiTM Shah Alam, MSU kolej, Hospital Shah Alam, SACC Mall, KTM Shah Alam dan salah satu mercu tanda Shah Alam adalah Masjib Sultan Salahuddin Abdul Aziz. 


Nas Nuri Construction adalah salah satu daripada syarikat milik bumiputra yang boleh dipercayai dan sangat bertanggungjawab dalam membina rumah kediaman dan banglo di Selangor dan juga Negeri Sembilan. Sehingga kini, lebih 90 buah banglo telah dibina dan disiapkan oleh Nas Nuri Construction sepanjang tempoh 10 tahun mereka beroperasi. Baca kat sini - https://www.dawaibesi.com/2018/01/kontraktor-rumah-tukang-banglo.html?m=1

Sebagai sebuah syarikat kontarktor, mereka juga menyediakan 3 tahun jaminan untuk setiap rumah yang dibina. Setiap binaan rumah adalah mengikut selera dan kehendak pemilik dan rekaan binaan yang sangat sediakan juga menarik serta selamat untuk didiami. 

Bagi kawasan Shah Alam, urusan untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri perlulah mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terlebih dahulu. MBSA merupakan salah satu organisasi yang efisyen kepada pelanggan mereka. Sesuai dengan slogan mereka, Sentiasa Mengutamakan Pelanggan dan Moto organisasi, Pelanggan Gembira Organisasi Bangga. 

Kini, segala urusan adalah melalui online. MBSA juga memperkenalkan pelbagai kemudahan seperti eAduan, iKompaun, iCukai, ISewa dan juga system mySMS untuk sebarang aduan dan maklumbalas. 

Google Image : Majlis Bandaraya Shah Alam
Laman sesawang mereka juga mendapat penarafan Laman Web 5 Bintang dalam penilaian yang dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Di sini melihatkan bahawa MBSA sangat komited terhadap perkhidmatan dan amat mementingkan kesempurnaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. 

Menyentuh mengenai kediaman, setiap orang menginginkan rumah kediaman sendiri di kawasan yang bersesuaian demi melancarkan kehidupan seharian mereka. Fiza juga mempunyai cita-cita untuk mempunyai rumah sendiri dengan rekaan sendiri. Seandainya diberi kesempatan untuk memilikinya, sudah tentu ianya ingin dicapai dengan bangganya pada tahun 2025. 

Google Image : Banglo idaman dengan kolam renang
Menuju tahun 2020 yang bakal menjelang, pelbagai perancangan yang pihak berkuasa tempatan bakal laksanakannya. Yang mana kemudahan seperti LRT3 juga telah beroperasi dan mungkin banyak lagi kemudahan lain yang akan dibangunkan sejajar dengan pembinaan LRT3. 

Bagi merialisasikan impian membina rumah di atas tanah sendiri di Shah Alam, Nas Nuri Construction dapat membantu untuk para pelanggan yang berkehendakkan mereka. Mereka telah mempunyai pengalaman membina di Bandaraya Anggerik untuk beberapa tuan rumah. Antara satu contoh rumah banglo yang dibina oleh Nas Nuri Construction adalah Rumah banglo Jalan Kebun Shah Alam. 

Rumah banglo Jalan Kebun Shah Alam 
Kos keseluruhan anggaran RM 900k
Banglo yang telah dibina di Jalan Kebun Shah Alam menggunakan spesifikasi premium. Kos keseluruhan anggaran RM 900k. Perbezaan antara spec premium & standard terletak pada kualiti & jenama bahan binaan yang dipilih oleh tuan rumah. Contohnya, pemilihan frame tingkap, jenis jubin lantai, dapur, atap genting & toiletries. Saiz binaan rumah ini dianggarkan seluas 4800kps (binaan menggunakan bank loan comply CCC, kos termasuk pagar). 

Nas Nuri Construction juga telah membina banglo di Shah Alam dengan (Standard spec) dan kos keseluruhan dianggarkan RM 730k. Saiz binaan rumah dengan anggaran 4500kps (binaan menggunakan gov loan comply CCC, kos tidak termasuk pagar). Kekemasan dan dengan reka bentuk moden yang ditonjolkan sememangnya tidak perlu diragui. 

Rumah banglo Shah Alam
Membina rumah di Shah Alam dilihat sangat menguntungkan. Oleh itu sekiranya anda mempunyai tanah sendiri di Shah Alam, bolehlah mendapatkan khidmat penuh Nas Nuri Construction. Mereka adalah kontraktor reka dan bina bagi binaan banglo di sekitar Selangor dan sebahagian Negeri Sembilan. Mereka juga berdaftar dengan CIDB G5. 

Sememangnya pilihan terletak 100% di tangan kita. Guna khidmat kontraktor yang bertauliah, sekaligus mmemudahkan kita dan in syaa Allah mendapat hasil yang lebih memuaskan. 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi mereka di : 
1) Fairul - 0193487372 
2) Pejabat - 03 33923478 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.nasnuri.com dan blog rasmi: www.dawaibesi.com

Jangan lupa untuk tonton video ini. 


You Might Also Like

19 kitty baik hati komen

  1. Pemilihan kontraktor yang betul dan dipercayai sangat penting kan

    ReplyDelete
  2. Adik Fiza kat perlis pun sekarang tengah buat rumah guna khidmat kontraktor. Cepat dan mudah je urusannya. Rumah pun hampir siap dah.

    ReplyDelete
  3. Mencari cari jugak kawasan mana yg harga rumah berpatutan & menarik thanks info

    ReplyDelete
  4. orang shah alam terutamanya perlukan kontraktor, mungkin boleh cuba kan

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  5. Cantiknya hasil kerja Nas Nuri.. boleh consider la nanti

    ReplyDelete
  6. Ummi duduk di shah alam..mmg untung kalau ade rumah area shah alam pusat bandar..semua kemudahan ada..mesra semua peringkt umur.. done follow. ;). Jemput follow ummi ya

    ReplyDelete
  7. teringin juga nak ada rumah sendiri..best kan..kra murah juga 300k ni untuk buat banglo..dah pernah usha nas nuri ni..memnag tengok yakin je

    ReplyDelete
  8. pernah juga dengar pasal kontraktor rumah nas nuri ni..terkenal jugak..senanglah bila ada kontractor yang boleh dipercayai untuk buat rumah

    ReplyDelete
  9. Pernah baca tentang kontraktor Nas Nuri nih, kalau nak renow rumah bolehlah guna servis Nas Nuri ni nnt

    ReplyDelete
  10. Fuhh lawa2 jugak ya rekaan rumahnya.. Berkenan tengok

    ReplyDelete
  11. Cantik2 tgk hasil design dari nuri ni.. Berkenan

    ReplyDelete
  12. Tanah sendiri pun sis tak ada..huhuhu. Teringin gak le nak ada tanah sendiri dn buat rumah iku design sendiri..tapi setakat ni x mampu lagi

    ReplyDelete
  13. Kalau ada tanah sndri mmg syok la leh buat banglo ikut dsign kita kan. Design2 Nas Nuri jugak nampak cantik dan moden tu

    ReplyDelete
  14. Shah Alam mmg pesat, banyak kemudahan frasarana dan infrasuktur jugak, mau ada banglo sebijik best ni. Lawa jugak design rumah dari kontraktor nas suri ni.

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak ada LRT3 dekat area Shah Alam. Wow, nak buat rumah kat Shah Alam tak mampu ler kita... Hopefully boleh buat kat tempat lain jugak

    ReplyDelete
  16. Good sharing Nad.. kalau ada tanah sendiri best juga kan boleh design macam mana kita nak rumah kita..

    ReplyDelete
  17. bestnye klu ada tanah sendiri.. leh wat rumah ikut minat sendiri kan..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah