Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Bau Ketiak Lelaki Mampu Hilangkan Stress Wanita

10:23

Slm Isnin.. mesti ari nie rs lemau jer nk g kje kn..pagi2 td otw nk g opis, buka radio hot.fm, dorg buka topik yang fiza rs cm best jer nk letak dlm blog pagi nie.. pasal bau ketiak lelaki.. @ suami...artikel nie fiza dapat dari sini..
_________________________________________________________________

Bau Ketiak Lelaki Mampu Hilangkan Stress Wanita?
Sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?
Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
_________________________________________________________________
sejauh mn keberkesanan nyer.. kne wat eksperimen sendiri la kn.. tp kt suami sendiri yer.. hehe... balik kje nnt ly try.. kot la ly ilang stress.. ok jugak.. 
k.. la.. selamat bekerja dan hepi selalu.. >.<

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah