Fitnah itu besar dosanya

15:28

Menipu, buat cerita, reka cerita tentang keburukan orang lain sama dosa nya dengan membunuh.. buat apa nak dengki dengan kebahagiaan orang lain.. sebaliknya kita perlu sama2 mendoakan kebahagiaan kita sesama manusia. 
 
Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”
Fitnah boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.
Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)
“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)
Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”
Wallahu’alam.
Sekian buat renungan bersama...

You Might Also Like

14 kitty baik hati komen

  1. semoga dijauhkan sikap macam ni . .
    Amin . .

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. thanks sharing! insyallah, akan terus jaga lidah daripada menfitnah orang lain :(

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas peringatan itu fiza..

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullahalzim.. muhasabah diri sendiri .. :(

    ReplyDelete
  5. Gud sharing fiza..so mari lah jauhilah gosip mosip nie.. takut tak betul jadi fitnah pulak..;)

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua di jauh kan dari fitnah ^_^

    ReplyDelete
  7. btol 2..menabur fitnah ni mmg dosa besar..nice sharing..hrap dijauhilah perkara2 mcm 2..

    ReplyDelete
  8. Difitnah adalah perkara yang paling sakit untuk hadapinya terutama bila kita kena lalui hasil fitnah yang terkena pada kita.

    "Fitnah itu lebih berat daripada membunuh". Thanks sudi sharing. Semoga kita dijauhi daripada sikap menfitnah orang.

    ReplyDelete
  9. betul tu fiza..fitnah itu lebih kejam dari membunuh..sebb fitnah bleh jadi huru hara..perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  10. Jauhkanlah kita semua daripada fitnah amin..
    thanks share kak fiza :)

    ReplyDelete
  11. semoga kite dijauhkan dengan dosa fitnah..amiin~!

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah