Friday, 23 January 2015

Suami mengidam

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. 
pagi nie bos pergi melawat cawangan... boleh la Fiza update blog kejap..
melayan En. suami yang mengidam nak makan colek malam semalam..
Fiza pun buatlah sambal kicap..
Fiza mmg tak boleh nak makan sebab buat terlebih pedas pulak..
tapi dia layan sampai abis..
dasyat juga yer kalau suami yang mengidam..
hihi...

Wednesday, 21 January 2015

Cenderahati dari Gui Lin, China

Assalamualaikum.. seronok rasanya hari nie.. bila datang opis, dapat call suruh makan spegeti..
rupenye besday Cik Hanis.. dia yang bawa spegeti bagi member2 opis makan..
Hepi besday Hanis.. semoga panjang umur dan dipermudahkan rezeki..
Mira, Fiza, Hanis..
Kebetulan pula hari nie, En Sabri Finance Exec baru balik bercuti dari China.. Dia pergi Gui Lin..
macam biasa la kan.. tak kan takde buah tangan kan.. hehe
Dapat la beg duit dan FM dari China.. Serius cantik beg duit nie sebab corak pada beg duit tu dijahit dengan halus dan kemas..
Beg duit
Bertambah koleksi...
FM Gui Lin
Si Sabri nie mmg rajin pergi bercuti kat obersee.. tiap tahun ada je negara yang dia pergi.. kali nie tempat yang dia pergi mmg tempat yang mendamaikan.. 
google image
cantikkan pemandangan kat Gui Lin.. bile la dpt pegi agaknye..

Tuesday, 20 January 2015

Nasi Mmanggey dan Coconut Shake di Warung Kita

 Assalamualaikum.. entry kedua sebelum BW jap lagi.. tengah hari tadi Fiza lunch sekali lagi kat Warung Kita.. entry lepas  Nasi Bungkus Ayam Cincang..
Ada yang bertanya nasi nie nasi kukus ke? Memang nasi kukus.. dan baru tahu nama lain nasi nie Nasi Mmanggey.. pelik kan.. macam bunyi nasi memanggil jer...
Kali nie pergi makan dengan Kak Ena dan Kak As pula..
Kak Ena siap tapau bawa balik coconut shake dia.. sama cam Fiza masa mula2 datang makan..
terbaik lah coconut shake dia..
mujur dekat dengan opis.. senang nak beli bila nak..
hari tu ingatkan harga dia RM 5.00, rupenye RM 4.50
makan untuk 3 orang hari nie.. 

Minggu ke 34 kehamilan

Assalamualaikum..
"Hari tu tengok perut kecik jer.. hari nie tengok besar pulak.." tu yg member opis selalu cakap.. 
yang mana jarang jumpe Fiza.. 
yelah..
 bila dah preggy mmg malas nak merayap kat GF dengan tingkat 1 kat opis..
 datang opis, naik tingkat 2, turun time makan dan masa nak balik jer..
semput kot.. hehe..
Hari nie genap 34 minggu.. check up semalam result.. Alhamdullillah..
baby sihat.. nurse cakap perut still tinggi lagi.. 
kaki pun 2 minggu lepas nampak bengkak..
kene bebel ngan nurse, terus suruh hubby urut setiap hari.. semalam nurse cakap tak bengkak dah..
lega.. kalau tak sendal memang rase ketat..
Minggu depan dah mula check up untuk setiap minggu..
harap dapat deliver ikut tarikh..
Sekarang nie Fiza tak alami lagi apa yang dikatakan Kontraksi Braxton Hicks (Braxton Hicks Contractions) ataupun dikenali sebagai Kontraksi palsu (False Contraction)..
Kirenya macam sakit nak bersalin tapi nie hanya rehearsal.. oke tak ayat tu.. hehe
google image
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini. 
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 
Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Wassalam..

Thursday, 15 January 2015

Nasi Bungkus Ayam Cincang

Assalamualaikum.. apa khabar semua blogger.. hari nie lambat sikit update.. 
lepas meeting, siapkan minit mesyuarat.. lepas tu kemas workstation yang bersepah..
al-maklumlah memang mood malas mmg menjadi2.. 
cume hari nie je terajin sikit..
tengah hari tadi sempat beli nasi bungkus ayam cincang kat Kg. Melayu Sg. Buloh..
Gerai nie dibuka tak silap Fiza awal bulan Ramadhan tahun lepas..
Baru minggu nie Fiza pergi makan.. memang serius sedap..
hari nie repeat lagi..
semua sebab penangan coconut shake..
Warung Kita 
Coconut Shake.. RM 3.00 
siap tapau bawa balik opis 
Nasi Bungkus Ayam Cincang.. memang sedap...
harga RM 4.50
Hidangan lain pun ada, kalau nak tahu kene la pergi sendiri... hehe.. tapi satu je.. kene beratur panjang tambah pula waktu lunch hour.. terpaksela bersabar.. 

Wednesday, 14 January 2015

W.W. ~ Kaffarah

Assalamualaikum..
Apa Itu Kaffarah?
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, 
juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, 
tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qadha’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Wallahu a'lam..

Tuesday, 13 January 2015

Bercuti di Pantai Tj. Keling, Melaka

Assalamualaikum.. entry nie dah agak lama jugak la..dalam bulan Okt 2014.. baru hari nie ingat nak update.. Bagi korang korang yang nak ke Melaka, jangan lupa singgah dan  menginap je di Pantai Tanjung Keling, Melaka. Dekat je dengan Bandar Melaka lebih kurang 15 minit menaiki kereta.
Kebetulan Fiza pergi pada hari Sabtu.. ada pasar malam sepanjang jalan di kawasan nie..
Kami menginap di Hotel Pantai Puteri..
Bilik yang selesa dan harga pun berbaloi
Tandas yang bersih
Peti ais dan pemanas air pun disediakan
Lepas check in, Fiza dan hubby berjalan-jalan di pantai.. memang ramai pengunjung..  Kebetulan pula ada pasar malam.. memang ramai la orang..
gelap gambar sebab membelakangkan matahari..
suasana waktu senja
Pasar malam Pantai Tj. Keling..
nie favorite Fiza... kentang lilit
Malam nye mintak la hubby belanje makan seafood.. Rugi kalau tak makan seafood tau.. sebab kawasan nie memang seafood dia murah dan segar.. 
Ketam masak merah, sotong goreng tepung dan siakap 3 rasa..
breakfast di hotel keesokan pagi..
Esoknya kami berjalan-jalan kat Bandar Melaka.. naik river cruise.. maklumlah tak pernah lagi merase naik river cruise tu.. ada masa Fiza update yer. Wassalam.

Monday, 12 January 2015

Resipi Sup Ketam

Assalamualaikum.. 
semalam hari minggu Fiza sempat masak sup ketam yang simple dan sedap.. 
Bahan-bahan (2 orang makan): 
2 ekor ketam
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji ubi kentang dipotong dadu
sup bunjut (ada bunga lawang, kulit kayu manis)
Air
Garam
Gula
Minyak
Cara-cara:
1. Kisahkan bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
2. Masukkan air dan ketam bersama sup bunjut. 
3. Bila dah agak mendidih, masukkan ubi kentang. Rebus hingga ubi empuk.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak masukkan ajinomoto sikit pun boleh. Nak sup nampak cantik boleh masukkan daun sup.
5. Sedia untuk hidang.
Memang senang nak buat sup ketam nie.. janji bahan cukup. Fiza suka letak nasi dalam sup ketam yang banyak.. buat nasi air.. memang kenyang.. tak perlu nak makan dengan lauk lain... 
Selamat mencuba.

Angkara K-Pop

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. hari nie tergerak hati nak menulis blog pagi2 nie pasal pagi nie banyak sangat entry mengutuk pasal K-Pop menyebabkan banyak keyboard warrior menunjukkan kehebatan mereka di laman sosial..
Semalam Fiza ada terbaca jugak pasal kumpulan K-pop yang dikatakan telah berpeluk dan berkelakuan tidak senonoh dalam konsert dorang.. tapi malas nak ambil port sebab rasenye memang salah gadis2 tu.. Pagi nie try search kumpulan mana la tu.. Kumpulan B1A4 rupenye.. "Sedang trending di kala ini, gadis bertudung dicium artis kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam".
Dalam kes macam nie tak perlu nak tunding jari menyalahkan pihak itu, pihak ini.. Memang kesian kalau tengok gadis2 tu sendiri yang nampak sangat volunteer untuk dipeluk.. Nak minat K-Pop pada pendapat Fiza memang tak salah.. sebab Fiza sendiri pun memang peminat K-Pop tapi perlulah berpada-pada dan menjaga batas agama Islam.
antara gambar yang dimuatnaik di laman sosial...
Nauzubillah min zalik. Wassalam..

Friday, 9 January 2015

Blog Header Baru

Assalamualaikum..
 sape yang perasan header Fiza dah tukar.. hehe.. 
tukar header je ke? yelah.. Fiza malas la nak tukar design blog.. dah lama duk cam tu jer.. Mood nak mendesign tu takde.. nak BW pun malas.. entah bile la nak mula rajinnye.. 
lunch tgh hari tadi.. 
burger abis dulu.. tak sempat nak ambil gambar.. hihi

Thursday, 8 January 2015

Persiapan awal Barang Baby

Assalamualaikum.. Tak terlambat lagi Fiza nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015...
Tidak kisah apa yang telah berlaku kerana ia telahpun berlalu dan yang penting apa yg perlu dilakukan pada hari yang akan mendatang. Buat azam baru dan teruskan azam yang masih tak tercapai. 
Dah lama tak update cerita, usia kandungan Fiza sekarang dah masuk 32 minggu.. Barang-barang baby ngan mama belum lengkap lagi.. tapi In Syaa Allah hari minggu nie dah buat persiapan penuh dah.. sebab tinggal lebih kurang 7-8 minggu je lagi..
Fiza mula beli barang baby masa umur kandungan 6 bulan lebih macam tu..  tengok pengalaman2 orang ada yang bersalin masa umur kandungan 7 bulan.. maka kenelah buat persiapan awal.. mana la tahu baby dah tak sabar nak melihat mama ngn dedi dia..
Tapi alhamdulillah, baby masih lagi sihat dalam perut sehingga hari ini.. harap baby lahir ikut tarikh doktor bagi yer..
beg dan peralatan botol susu 
Baby care and grooming.. 
Baju dan seluar 
bedung dan tuala 
Mittens, booties, barut dan topi
Barang2 nie semua Fiza beli masa clearance stock pureen.. nampak banyak tapi total semua dalam RM 600.00.. memang berbaloi2.. semua nie shopping pertama Fiza utk baby.. Wassalam...

Bacaan Tambahan