Friday, 30 October 2015

Hello Kitty Toy Collection

Assalamualaikum dan Salam Jumaat penghulu segala hari.. Pagi-pagi hari nie dah update blog.. Saje nak story2 sikit yang mana koleksi Hello Kitty Fiza dah ada di opis.. 
Selama nie dah beli tapi simpan dalam almari kat rumah, dah naik berabuk, baik bawa ke opis.. rasa macam pusat beli belah mainan pulak.. huhu
 
 
apa nak buat koleksi masa dulu.. selfie ciked.. 
>_<
Wassalam

Friday, 23 October 2015

Resipi : Ikan bawal masak taucu

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan resipi mudah dah senang untuk masakan ikan. Selain goreng, masak kicap, boleh cuba ikan masak taucu. Memang senang dan sedap. 
Ikan bawal masak taucu
Bahan bahan:
Seekor ikan bawal (1/2 orang makan)
1 paket taucu (pek kecil)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
1 inci halia - hiris
2 biji cili merah - hiris 
2 biji cili hijau - hiris
3 sudu kecil air pes asam jawa
1 cawan air (ikut kepekatan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Lumur kan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga agak masak/garing.
2. Tumis bahan yang telah dihiris.
3. Masukkan taucu, kemudian masukkan air asam jawa.
4. Tambahkan sedikit air, tambahkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan ikan, dan sedia untuk dihidang.
Senangkan.. rasa masam, manis, masin dan pedas.. 
Selamat mencuba.
Wassalam.

Thursday, 22 October 2015

Thursday Thoughts ~ Be a good one

Assalamualaikum..
google image
To all mother all over the world.

Wednesday, 21 October 2015

Penyertaan Johnson BOTY2015

Assalamualaikum.. 
Khas untuk mommy yang ada baby, korang boleh join Johnson Baby of the Year 2015.
Hantar jer berapa banyak penyertaan pun, kalau ada rezeki, mana tahu menang RM 100,000.00
 Fiza dah hantar banyak penyertaan untuk Thaqif, tapi takde rezeki untuk menang lagi. Bawah nie koleksi gambar yang telah dihantar untuk kenangan Thaqif nanti.
 
 
 
 
 
 
 
 
Template semua dah disediakan, cuma upload gambar jer.. jangan lupa baca syarat2 penyertaan.
Semoga berjaya.
Wassalam.

Sertai Peraduan Pa&Ma

 Assalamualaikum.. lama tak menjenguk blog.. kesian kat dia.. dulu sini la tempat meluahkan dan menyatakan perasaan gembira dan sedih.. sekarang seperti dilupakan pula.. 
Sibuk dengan tugas seharian.. Kerja kat pejabat perlu diutamakan.
Fiza nak jemput korang sekiranya sudi untuk vote baby Fiza di Peraduan Bayi Bulan Ini di website PAMA. Saje je.. kot la ada rezeki Thaqif. 
Pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan markah tertinggi. Peratusan markah dibahagi kepada dua iaitu 30% undian melalui web dan 70% undian dari pengadil. 
 Maknanya kalau ada rezeki, tak ke mana.
Kalau sudi boleh vote. Link kat sini http://pama.karangkraf.com/peraduan
Terima kasih.
Wassalam.

Bacaan Tambahan