Wednesday, 24 February 2016

Restoran KB Burger Bakar

Assalamualaikum.. Cerita agak lama jugak sebab cerita nie waktu balik cuti Raya Cina lepas. Kami ambil kesempatan balik kampung di Kelantan. Bila dah balik kampung, malam keesokan tu kami ke Wakaf Che Yeh. 
Lepas tu kami singgah makan di Restoran KB Burger Bakar.  Memang ramai sangat orang dan kami singgah pun time tu dah hampir jam 12 malam.
Restoran KB Burger Bakar
Beef Burger
Lamb Grill
Rasa makanan memang terbaik. Di samping menu western, dorang pun ada menu masakan panas pelbagai jenis burger bakar, Thai Food dan juga dim sum. Untuk maklumat lanjut boleh la ke FB KB Burger Bakar
Wassalam.

Tuesday, 23 February 2016

Sarapan pagi di Lemang To'Ki 2, Bentong

Assalamualaikum.. pertama kali menjamu selera di Restoran Lemang To'ki 2 di Kampung Benus. Lemang To'ki ada 3 cawangan, Lemang To'ki di Kuala Repas, Lemang To'ki 2 di Kg. Benus dan Lemang To'ki 3 di Raub. Restoran nie famous sebagai tempat persinggahan konvoi motosikal berkuasa tinggi.
First impression ingatkan jual lemang jer.. haha.. sebab tu tak pernah singgah. Rupanya macam-macam menu ada. Fiza datang untuk bersarapan, ada nasi lemak, kuih muih, keropok, dan paling tak boleh jumpe, nasi kerabu. 
Nasi kerabu untuk kami berdua
Telus rebus untuk Thaqif 
Kemain gelak
Lemang To'ki 2
Kami boleh singgah lagi lepas nie sebabnya memang terletak tak jauh dari rumah mak Fiza di Bentong. Lepas nie kalau balik kampung jadi tempat wajib singgah kot. Harga makanan juga berpatutan dan makanan juga sedap.
Wassalam.

Thursday, 18 February 2016

Bersiar-siar di Pantai Teluk Cempedak

Assalamualaikum.. Cuti raya cina kami luangkan untuk singgah ke Kuantan sambil melalui LPT untuk pulang ke rumah kami di Rawang.
Boleh dikatakan cuti kami betul-betul dihabiskan untuk balik kampung dan berjalan. Rawang - Grik - Tanah Merah - Kemaman - Kuantan - Rawang.
Pantai Teluk Cempedak 
Thaqif dan 11 bulan.. tak lama lagi umur setahun 
Anak mama dan dedi takut air, pertama kali Thaqif tengok laut. 
Merayu suruh dukung sebab tak suka air laut..
Lagi pun memang laut nampak bergelora.
Pulang sempat beli cenderahati baju Teluk Cempedak untuk Thaqif. 
Sekarang nie mama dah tak beli untuk diri sendiri.. 
semua nya untuk anak mama yang sorang nie..
Wassalam.

Tuesday, 16 February 2016

Hadiah daripada Aidijuma dan Blossom Box Store

Assalamualaikum.. Sebagai pemakai setia tudung bawal Aidijuma dan Blossom Box Store, Fiza sangat2 teruja dan seronok bila diberi peluang untuk mendapat gift daripada Datin Juma.
Ini rezeki yang Fiza dapat sejak berjinak dengan aidijuma dan BBS sejak bulan Mac 2015.
Menang contest Hari Raya Haji tahun lepas 2015
Bawal Blossom
Birthday present Disember tahun lepas.
Bawal Aidijuma 203
Harap tahun nie ada lagi rezeki untuk dapat hadiah yang best-best daripada Aidijuma.
Siapa pakai tudung bawal angkat tangan!! hehe
Tudung bawal pun boleh jd shawl jugak.. sebab tu Fiza pilih tudung bawal sebab sesuai nak pakai ke pejabat atau pun keluar rumah.
Wassalam.

Monday, 15 February 2016

Resepi Bayi Macaroni Cheese

Assalamualaikum.. Hari nie Fiza sediakan bekal macaroni dengan cheese untuk Thaqif bawa ke nursery. Selalunya bubur nasi. First time buat macaroni jadi keras bila sampai kat nursery. Hari nie alhamdulillah, elok menjadinya.
 Fiza nak kongsikan resepi ringkas nie yang sesuai untuk bayi 11 bulan dan ke atas. 
Macaroni untuk Thaqif
Bahan-bahan:
Pasta/ Macaroni
Air
Minyak zaitun
Puree brokoli (yang telah direbus dan diblend halus)
Cheddar cheese
Stok ayam 

Cara-cara:
1. Rebus macaroni bersama sesudu minyak zaitun. Lebih berminyak lebih elok bagi elak macaroni melekat.
2. Masukkan stok ayam bila rebusan agak mendidih. (boleh tambah isi ayam jika perlu)
3. Masukkan puree brokoli. 
4. Tos dah sejukkan. Air rebusan jangan dibuang.
5. Blend macaroni sehingga agak-agak bayi boleh telan. Masukkan semula dalam air rebusan tadi.
6. Rebus sekali lagi dan angkat bersama-sama air rebusan. (Macaroni akan nampak berkuah sedikit)
7. Letak cheddar cheese atas macaroni yang masih panas. Tutup bekas supaya ia cair. Hasilnya macam gambar kat atas.
 
Macaroni and Cheese
Yang nie mama Thaqif bawa ke pejabat. Bezanya macaroni tak diblend.
Semoga bermanfaat.

Wednesday, 10 February 2016

Sata terbaik di Warung Aziz Satar, Cukai, Terengganu

Assalamualaikum.. mula entry dengan makan-makan pula. Cuti raya cina Fiza habiskan dengan pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang ke Rawang, kami sempat menginap di Homestay Dalyla, Cukai untuk singgah makan di Warung Aziz Satar. Digelar the best sata, kami ambil peluang untuk makan sata fresh kat sini.
Terletak di tepi jalan
Orang ramai mula memenuhi warung 
Pelbagai gerai makanan disediakan di sini dan berkonsep layan diri. Mula jejakkan kaki ingatkan ada sata jer, rupanya macam-macam ada. Macam-macam jenis makanan laut dan pulut ada dijual di warung nie.
Gerai Udang celup tepung dan ketam celup tepung 
Gerai Pulut Mangga, Ketupat Sotong, Pulut Nyior dan pengat durian 
Tapai pulut
Gerai Sata dan pulut panggang
Pais Sotong 
Sata dan ketupat pulut
Rambang mata bila tengok semua makanan. Pilihan di tangan dan yang penting tak ikut nafsu dan dapat merasa sedikit menu yang ada.
Otak-otak dan sata 
Wajin keropok lekor rebus 
 Ikan celup tepung 
Pulut Durian / pengat durian 
Laksam 
Suap Thaqif makan sata buang lada, 4 butir dia makan
Wefie cikeed.. muah
Seronok mama dan thaqif dapat makan.. hehe.. makanan yang lebih kami tapau buat makan dalam perjalanan ke Kuantan. Cerita bersambung. Wassalam.

Khasiat Rooibos Tea (Teh Rooibos)

Assalamualaikum. Salam semua kawan-kawan blogger. Lama tak menjenguk blog. Mungkin dalam dua tiga hari nie Fiza akan bersihkan habuk dan sarang labah2 kat blog nie. Maklumlah baru balik beraya cina semalam. Ada la sikit story mory yang nak dituliskan.
Korang pernah dengar pasal teh rooibos tak? Warna sama seperti teh biasa tetapi baunya agak wangi serta penuh dengan kebaikan untuk kesihatan. Sedikit info yang Fiza ingin kongsikan mengenai teh rooibos nie.
Rooibos, (bermaksud belukar merah dari bahasa Afrika; nama saintifik Aspalathus linearis) yang merupakan sejenis pokok renek yang digunakan teh herba. Biasanya ia dipanggil teh merah afrika, yang dipopularkan oleh penduduk Afrika Selatan yang menggunakan diguna untuk dimakan dan diminum setelah turun-temurun dan kini digunakan untuk dimakan dan diminum oleh banyak lagi negara-negara lain didunia.
Green rooibos tea
sumber : Wikipedia
Flowers
sumber : Wikipedia
Plant
sumber : Wikipedia
Rooibos di tanam di kawasan utara negeri Western Cape, iaitu negeri barat daya di Afrika Selatan. Pokok rooibos ini hanya dibesarkan dikawasan yang dikenali daerah Cederberg. Biasanya, daun-daun dioksidakan untuk menghasilkan warna perang kemerahan yang unik, untuk daun-daun yang segar pula juga dihasilkan tanpa dioksidakan terdahulu.

Teh Rooibos menjadi semakin popular dikalangan negara-negara barat, terutamanya pada pembeli yang teliti kepada kesihatan. Rooibos, ditemui dan dikatakan lebih tinggi tahap antioksida seperti aspalathin dan nothofagin, dan ia kurang kafein, dan ia kurang asid tannin, berbanding tahap yang ada pada daun-daun teh hitam atau teh hijau tanpa oksida. Daun rooibos yang hijau mengandungi lebih banyak antioksida berbanding dengan daun rooibos yang telah dioksidakan. 

FAEDAH KESIHATAN:
* Menurunkan tekanan darah tinggi
* Mengelak serangan jantung dan strok
* Merawat kencing manis
* Melindungi daripada serangan kanser
* Meningkatkan imunisasi tubuh
* Melindungi kerosakan sel darah merah
* Merawat gout dan sakit tumit
* Mencantikkan kulit
* Awet muda yang sangat berkesan
* Mengeluarkan angin dan toksin
* Merawat sakit sendi dan kebas
* Merawat sesak nafas & asma
* Memastikan hati & buah pinggan yang sihat

info : Wikipedia

Bos bagi satu uncang untuk rasa.. 
sedap dan wangi
p/s: boleh beli di Farmasi

Bacaan Tambahan