Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Lawatan ke Bukit Malawati, Kuala Selangor

12:58

Assalamualaikum. Selepas makan tengah hari di Sg. Sembilang, kami terus gerak ke Kuala Selangor. 
Dulu Fiza dan suami pernah ke sini pada tahun 2012. Tiada apa yang berubah tetapi pengunjung tetap ramai dan berkebetulan pula pada cuti persekolahan.
Bukit Malawati merupakan tempat tinggalan sejarah dan ia merupakan pusat pentadbiran dan kubu kuat Kesultanan Selangor pada abad ke-19 ke-18. Banyak kubu dibina di puncak bukit pada waktu tersebut. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim 1782-1826 untuk melawan Belanda.
Kalau hendak tahu lebih lanjut, korang boleh baca sejarah Bukit Malawati di sini.
Keretapi khas untuk bawa pengunjung menaiki Bukit Malawati
Telaga beracun
Seronok menaiki keretapi sambil menikmati pandangan sekitar
Bukit Malawati
Rumah api
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.
Masa lawatan pertama dulu pernah masuk muzium nie.
Monyet jinak di Bukit Malawati.
Pengunjung di sini akan berpeluang memberi makan kepada monyet yang ada.
Kami masih bertiga.
Gambar kenangan bersama Keluarga Mertua.
Cuaca memang panas tetapi atas puncak bukit sangat berangin. Sudah makan dan bergambar. Kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan balik tidak sah kalau tidak ke gerai Cendol Bakar, Kuala Selangor. Tempat yang selalu kami kunjungi. Selain cendol, pelbagai makanan sampingan lain boleh didapati di sini seperti durian crepe, bakso, keropok lekor, ABC dan macam-macam lagi.
Memang tak lepas dengan gajet kalau di kedai makan. 
Popia basah antara makanan kegemaran Fiza.
Pedas dan manis.
Begitulah aktiviti jalan-jalan kami sekeluarga untuk hari kedua. Balik rumah semua pengsan kepenatan. Fikirkan aktiviti untuk malamnya pula. Bukan senang dorang dari Kelantan nak ke Rawang. Layanan untuk famili mertua mesti tip top. 
Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. Menarik... LeYayg dah 3tahun duk selangor pun tak pergi lagi,,hehe..

    ReplyDelete
  2. monyet tu nampak jinak je.... klu bagi makan dia kejer x?

    ReplyDelete
  3. Popia tu sedapnya... favorite saya juga tu...

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah