Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Latihan Menembak Tahunan 2017 di Lapang Sasar PDRM, KKB

10:54

Assalamualaikum. Minggu yang sibuk. Hari ini berkesempatan untuk update aktiviti minggu lepas. Menjadi aktiviti tahunan di syarikat Fiza bekerja untuk menganjurkan latihan menembak tahunan buat pengawal keselamatan. 2 tahun Fiza tidak melibatkan diri secara langsung di lapang sasar kerana pada tahun 2015, Fiza pregnant dan pada tahun 2016, Fiza perlu menjaga Thaqif yang masih kecil waktu itu. Tahun 2017, Fiza rasa teruja dan betapa seronok bila dapat peluang untuk menembak pistol.
Pada 25 Februari 2017, Latihan Menembak Tahunan 2017 dengan jayanya telah berlangsung di Lapang Sasar PDRM, Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan penglibatan semua kakitangan syarikat dan pengawal bersenjata.
Sesi raptai penuh telah diadakan pada 24 February 2017 selepas solat Jumaat. Sempat ambil gambar pada hari raptai.
Keesokan pagi, semua kakitangan perlu berkumpul seawal jam 6 pagi untuk sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Sesi perasmian bermula jam 9 pagi.
Seawal 6.30 pagi kami dah berselfie.
Kaunter pendaftaran
Sebelum bermula, kita bergambar banyak-banyak
Hanis, Lyn dan Along
Bersama staf Jab. HR
Perbarisan Pengawal bersenjata
Senjata yang akan digunakan
Pistol terdiri daripada HK dan revolver.
Peluru pumpgun
 
Pengurus Besar
Majlis Perasmian
Selepas perasmian, bermulalah sesi menembak buat anggota pengawal bersenjata. Keselamatan perlu diutamakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Taklimat sebelum memulakan latihan. Bagi anggota yang lama atau baru, peringatan perlu diberikan setiap kali hendak memulakan tembakan.
Antara posisi yang sesuai untuk menembak menggunakan senjata pumpgun. 
Lapang sasar
Fiza ditugaskan untuk menemani tetamu VIP Datin Sekin pada hari tersebut. Datin juga akan menembak pistol buat pertama kali.
Bersama Datin Sekin 
Hebat walaupun kali pertama menggunakan pistol
Fiza juga berpeluang untuk menggunakan pistol HK dan revolver. 2 tahun tak menembak, terketar-ketar seperti baru kali pertama memegang pistol. 50 butir peluru rasa sekejap je habis. 
Malu nak tunjuk result menembak lagi satu. 
Tapi ini elok sikit.
Sesi yang paling ditunggu adalah majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Waktu ini berdebar-debar tunggu nama. Mana tahu bertuah. Hamper pun boleh tahan besarnya.
Hadiah berupa Piala pusingan, plug, plug cenderahati, barangan elektrik dan hamper.
Kami kaki bergambar.
Posing dengan piala pusingan
Kami yang bertuah.
Rezeki Thaqif mama dapat hamper cabutan bertuah.
Majlis berlangsung dengan jayanya dan kami juga ada sesi bergambar untuk semua kakitangan. Seronok sangat bila dapat bersama-sama memeriahkan dan menjayakan majlis yang besar sebegini. Alhamdulillah.
Wassalam.

You Might Also Like

5 kitty baik hati komen

  1. wow..bestnya..siap ada hadiah..:)

    ReplyDelete
  2. Kira ok la tu tembakan fiza, klau sy pegang pistol pun x pernh apalagi nak menembak hihi..murah rezki fiza dpt hamper

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya Fiza! Saya tak ada pengalaman lagi menembak. Main game tembak2 adalah,... 😊

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. tahniah fiza..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah murah nya rezeki sis.. semoga bpnjgn slalu..amin ya rabb =D pertama dan terakhir J U jejak lapang sasar masa join plkn 2008 =D

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah