Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.

Pengalaman melalui proses D&C di Putra Medical Centre, Sg. Buloh

09:35

Assalamualaikum. Salam Jumaat buat pembaca blog ourmemoria.blogspot.my. Pembuka hari Jumaat hari ini, Fiza ada sebuah  pengalaman untuk dikongsikan bersama pembaca. Setahun telah berlalu dan baru hari ini Fiza terasa untuk berkongsikannya.
Siapa yang tidak gembira apabila diberi peluang untuk pregnant lagi. Kegembiraan buat kali kedua Fiza terima dengan penuh rasa syukur apabila disahkan mengandung pada ketika umur anak pertama (Thaqif) baru berusia 11 bulan. Mula-mula memang tidak percaya sehingga mendapat pengesahan daripada doktor. 
Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak kekal lama. Pada 6 April 2016, doktor mengesahkan janin tidak akan lagi membesar. Dan pada hari ini juga genap 1 tahun pemergian bakal anak kami. Walaupun masih janin tetapi kesedihan tetap terasa. 
Ceritanya bermula apabila usia kandungan 6 minggu, Fiza mengalami pendarahan kecil. Bila pemeriksaan dibuat, doktor menyatakan terdapat tompokan darah terbentuk di sebelah kantung. Tetapi doktor masih memberi harapan kerana mengatakan ianya normal.
Pada awal pregnant Fiza mengalami alahan teruk, tidak seperti pengalaman pregnantkan Thaqif. Selepas pendarahan kecil, alahan tersebut hilang serta merta.
Pendarahan tetap berlaku tetapi tidak teruk. Pada usia kandungan 8 minggu, kami pergi untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan tersebut, dilihat darah telah memenuhi separuh keliling janin dan pada usia janin 10 minggu, janin didapati tidak lagi membesar seperti yang sepatutnya dan  darah telah memenuhi sekelilingnya.
Kad pemeriksaan Putra Medical Centre, Sg. Buloh (PMC) 
Usia janin 6 minggu
Doktor mengesahkan bahawa janin tersebut tidak berhasil dan tidak akan membesar. Ia akan gugur kerana darah telah mengelilinginya. Terkedu mendengar jawapan tersebut dan doktor menasihatkan untuk menjalani proses D&C. Apa lagi yang mampu kami lakukan selain berserah pada takdir.
Usia janin 8 minggu. tiada perkembangan.
Doktor juga menasihatkan supaya menjalani proses secepat yang mungkin kerana untuk ia gugur sendiri memakan masa. Peluang diberikan sama ada untuk menjalani D&C di PMC atau hospital kerajaan. Untuk tidak membuang masa dan demi kesihatan, suami mencadangkan supaya membuat proses tersebut di PMC. 
Keluar daripada PMC dengan rasa sedih dan Fiza terus membuat pembacaan di blog-blog untuk mengetahui prosedur dan pengalaman mereka yang telah menjalani D&C (bahasa mudah cuci rahim). 
D&C yang juga dikenali sebagai Dilation and Curettage dalam istilah perubatan adalah satu prosedur pembedahan yang dilakukan selepas keguguran trimester pertama. Dilation bermakna pembukaan serviks; Curettage bermakna membuang kandungan rahim dengan mengikis dinding rahim dengan alat currette atau melalui sedutan curettage. Ngeri bunyinya dan terasa nyilunya. Bacaan selanjutnya.

Surat kemasukan ke wad
Tinggalkan kerja, lupakan segalanya dan hanya fokus serta berdoa agar segalanya berjalan lancar. Fiza dimasukkan wad keesokkannya jam 9.15 pagi pada 7 April 2016 .  Sebelum itu Fiza diwajibkan berpuasa malam sebelum pembedahan.
Tag pesakit
Ready untuk masuk air.
Selepas tukar baju, misi memasukkan sejenis ubat untuk mengembangkan dinding rahim. Mula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, tempoh yang agak lama Fiza menunggu sebelum menjalani D&C. Tiada rasa sakit sepanjang ubat tersebut dimasukkan tetapi darah keluar sedikit demi sedikit. 
Layan TV masa pun berlalu dengan hati yang berdebar-debar.
Jam 1.30 tengah hari, misi datang dan Fiza dibawa menggunakan kerusi roda ke bilik pembedahan. Bila baring atas katil bedah, nampaklah lampu besar atas kepala yang membuatkan jantung berdegup kencang. Mulut tidak habis mengucap dan ingat Allah kerana semua yang berlaku ada hikmahnya. Setelah doktor masuk dalam bilik bedah, Fiza dibius dan dunia gelap sebentar.
Tiba-tiba misi kejut untuk bangun.  20 minit pembedahan terasa seperti satu saat sahaja kerana terasa terlalu cepat. Waktu itu memang mamai sangat, terasa terawang-awangan. Ditolak ke katil wad antara sedar dan tidak sedar. 
Bila keadaan kembali normal, suami Fiza pun sedang menunggu dengan sejambak bunga ros. Terharu kerana suami sangat memahami dan kami terima dugaan ini dengan redha.
 
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Setelah berpuasa, makanan tengah hari tiba. Perut memang lapar tidak terkata.
 Boleh makan dengan tenang.
Janin yang dibungkus rapi dan diserahkan kepada suami. 
Kami tanamnya di belakang rumah.
Beberapa kawan-kawan pejabat ada yang datang melawat dan memberikan kata semangat. Kehilangan ini tidak perlu untuk terlalu bersedih kerana Thaqif masih kecil. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
Fiza dibenarkan keluar wad pada petang hari yang sama dan berstokin kerana bermulalah proses berpantang untuk tempoh 2 minggu. Fiza juga berurut, bertungku dan makan makanan berpantang kerana proses berpantang keguguran lebih perlu diambil berat berbanding berpantang melahirkan anak.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan pejam celik sudah setahun berlalu. Kami dapat rasakan yang anak tersebut mungkin perempuan disebabkan alahan yang teruk. Tetapi Fiza tetap bersyukur kerana dapat merasa alahan teruk yang sebelum ini tidak pernah Fiza rasa.
Kesan selepas proses D&C pada Fiza?
  • 2 minggu berpantang darah keluar tidak banyak kerana doktor telah mencuci habis. Cuma perlu tunggu untuk proses kedatangan period.
  • Period stabil seperti biasa dan waktu itu darah keluar dengan banyak seperti air.
  • Rujuk semula di hospital, doktor memaklumkan ia normal dan memberikan ubat untuk menstabilkan aliran period.
  • Kedatangan period kali kedua stabil dan normal sehingga sekarang.
Dari pengalaman ini, tiada apa yang perlu ditakutkan. Proses D&C juga tidak sakit. Ini pengalaman Fiza sendiri dan bagi pembaca yang akan menjalani D&C, jangan takut kerana tiada apa yang perlu dirisaukan.
Buat masa ini, kami akan jaga Thaqif sebaik dan mendidiknya sebaik mungkin. Rezeki daripada Allah, kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar. Apa yang telah diaturkan olehnya mesti ada hikmahnya. Yang penting tidak berhenti berdoa dan semoga ada lagi rezeki zuriat buat kami sekeluarga. Amin.
Wassalam.

You Might Also Like

4 kitty baik hati komen

  1. Assalammualaikum =) salam takziah Ju ucapkan, insyallah pasti ada hikmah d sebalik apa yg tjadi. Ju doakan rezeki sis fiza skluarga sntiasa dlm redha Allah swt dan thaqif mbesar dgn sihat.. amin.. Entah knpa ju baca terasa pulak sedih nya khilangan, mgkin sb ju perna alami bnda yg sma, tntu da sama besar dgn thaqif skiranya ju xkhilangan jg =')

    ReplyDelete
  2. @Jun Zie Takziah juga buat Jun Zi, rata-rata ramai wanita mengalami perkara mcm nie kan. Sedih tp semuanya ada hikmah.

    ReplyDelete
  3. Thaqif lah penyeri hidup kak pija dan suami :)

    ReplyDelete
  4. Sedih lya baca kisah fiza, memg ada hikmahnya smua ini..memg rasa perit kehilangan, sapal kita utk melawan takdir kan, sy pun pernh melalui proses kehilangan walaupun msh baru, cuba kuatkn semangat InsyaAllah ada rezki yg lbh baik.

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan

Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah