Khasiat Buah Nam Nam

12:19

Assalamualaikum. Buah Nam-nam atau dipanggil buah katak puru mempunyai banyak khasiat yang Fiza hendak kongsikan. Kenapa ia dipanggil buah katak puru? Ini disebabkan buah nam-nam mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu.

Pertama kali Fiza merasa buah nam-nam terasa seperti makan buah jambu dan isinya sangat lembut. 
Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. 
Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah nam-nam.
Pokok Nam-nam
Antara khasiat buah nam-nam ialah : 
  • Kaya dengan vitamin C.
  • Mempunyai khasiat perubatan. 
  • Dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 
  • Dijadikan ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. 
  • Daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh. 
Pokok nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. 

Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja. 

Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut. 

Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.


Aktiviti makan buah nam-nam di pejabat. 
Gaul dengan serbuk asam boi.
Nampak macam pahit tapi bila rasa memang tak boleh nak berhenti makan.
Kejap je licin habis.







You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah