Merawat Bacaan jaundice atau demam kuning tinggi

10:21

Assalamualaikum. Entry kali ini Fiza nak menceritakan pengalaman baby Huwainaa yang mengalami demam kuning atau jaundice sehingga kami terpaksa bermalam di Hospital Sg. Buloh.
Semasa discharge dari Wisma Bersalin Ikhwan pada 23 Disember 2017, Huwainaa tidak menunjukkan sebarang petanda untuk terkena kuning. Syukur sangat waktu itu sebab kami boleh balik terus ke rumah selepas bersalin.

Selepas 3 hari berselang, pada 26 Disember 2017, nurse dari klinik kesihatan Batu Arang datang untuk melawat bayi. Pada waktu itu, Fiza pun nampak muka Huwainaa telah menunjukkan ada kuning. Nurse menasihatkan supaya Fiza membawa Huwainaa ke klinik kesihatan Batu Arang untuk mengambil darah baby bagi mendapatkan bacaan kuning.

Tengah hari pada hari yang sama juga Fiza ke klinik dan setelah bacaan darah diterima, memang sangat terkejut kerana bacaan Bilirubin Huwainaa memang tinggi 280. 
Doktor terus mengeluarkan surat untuk dimasukkan ke wad Hospital Sg. Buloh. Fiza redha dengan keadaan masih dalam pantang. Badan pun masih tidak kuat, kami pun terpaksa bermalam di situ.
Huwainaa diletakkan bawah cahaya biru untuk satu malam
Sebanyak 8 kali darah Huwainaa diambil. Mak mana yang tak sedih kan tapi sebabkan ini semua untuk pastikan bacaan bayi turun, Fiza redha. 
Alhamdulillah bacaan kuning Huwainaa turun menjadi 220. Maka bebaslah baby dari lampu biru yang panas tu. Habis kulit Huwainaa menggelupas dan nampak seperti kulit Huwainaa juga seperti sunburn.
Menu pagi mama. Terpaksa makan bihun waktu berpantang.
Kami ditahan untuk satu hari lagi kerana keadaan Huwainaa yang dikatakan tidak berapa sihat oleh doktor pakar kanak-kanak. Mama dah bersemangat untuk pulang berpantang di rumah, tetapi nampaknya kami perlu berada lagi dalam hospital.
Baju wad bayi.
Menunggu untuk rawatan susulan.
Setelah pemeriksaan rapi, alhamdulillah Huwainaa sihat dan tiada sebarang penyakit. Maka kami dibenarkan pulang pada petang keesokkannya. 3 hari 2 malam berada di hospital memang tak best langsung memandangkan badan Fiza memerlukan rehat kerana sedang dalam berpantang.
Huwainaa bersiap untuk pulang ke rumah.
Sebagai langkah untuk memastikan bacaan Huwainaa turun, kami tidak berhenti berusaha antaranya adalah dengan memandikan Huwainaa dengan herbal mandian dan memberi serbuk mutiara. Kami beli di kedai ubat cina. Serbuk mutiara ini Fiza pernah guna untuk Thaqif dulu dan bacaan turun. Pastikan beri pada bayi dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana ianya panas. 
Serbuk mutiara 
Herbal mandian

Selain itu, Huwainaa diberi mandi rebusan daun inai setiap hari sehingga kuningnya sembuh. Kalau nak tahu Huwainaa mendapatkan kuning hampir sebulan kerana ia dapat dilihat pada matanya. Risau juga tapi alhamdulillah sekarang semuanya selesai.

Yang penting kita berusaha dan berdoa kerana demam kuning pada bayi adalah normal. Kita sebagai ibu bapa perlu berusaha untuk memastikan bacaan bayi turun.

Begitulah pengalaman menghadapi bayi kuning sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Ia pengalaman pertama Fiza kerana sewaktu anak pertama dahulu, bacaan kuning Thaqif tidak tinggi dan hanya berulang-alik dari rumah ke Klinik Kesihatan.

Bayi yang lahir mesti akan mendapat kuning. bergantung pada kita sebagai ibu bapa untuk merawatnya.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. owhhhh
    seronok baca pengalaman rawat anak kena demam kuning
    bertambah ilmu

    ReplyDelete
  2. kene ambik tahu ni.. mana tau ada rezeki anak nanti. :)

    ReplyDelete

Bacaan tambahan