Mandi-manda di Kolam air panas, Suria Hot Spring Resort Bentong

10:16

Nota : Review ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan ianya ikhlas dari hati. Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca. Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung oleh penulis sendiri.

Assalamualaikum. Sehari sebelum cuti Hari Buruh, Fiza pulang ke kampung halaman di Bentong, Pahang. Cuti 2 hari, ambil juga kesempatan untuk bawa mak dan abah berjalan. Destinasi kami pergi tak jauh cuma 15 - 20 minit perjalanan dari rumah.

Kolam air panas, Suria Hot Spring Resort yang terletak di jalan lama Bentong - Kuala Lumpur. Pernah juga jejakkan kaki masa zaman kanak-kanak tapi waktu itu kolam air panas nampak macam kawasan berhantu kerana tidak dijaga.

Sekarang, alhamdulillah memang cantik kawasan siap ada resort untuk para pengunjung. Bagi yang hanya masuk untuk mandi air panas, bayaran akan dikenakan sebanyak RM 10 untuk dewasa, kanak-kanak RM 8 dan warga emas RM 6.

Kaunter tiket

Pintu masuk untuk pengunjung yang tidak menginap di resort

Kemudahan taman permainan kanak-kanak

Di sini, mereka menyediakan 2 buah kolam air panas, sebuah kolam untuk kanak-kanak dan sebuah kolam untuk orang dewasa.

Hot Pool 1

Hot Pool 2

Children Pool

Bersama adik no. 3 dan anaknya

Bersama mak dan abah

Kolam kanak-kanak

Kafeteria

Huwainaa mencari ketenangan

Sepupu Thaqif dan Huwainaa, Darwisy

Thaqif memang sibuk sangat main air

Kalau tak mengusik, memang tak sah abaang Thaqif nie

Singgah pekena nasi ayam

Lepas main air, kami singgah makan di kedai nasi ayam yang berdekatan. Seronok walaupun kami mandi tak lama sebab hujan turun dengan lebat waktu itu. Bagi yang berkelapangan untuk bawa anak mandi-manda, boleh berkunjung di Kolam air panas, Suria Hot Spring Resort untuk mandi air panas.

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah