Melayan anak ke Aeon Fantasy Kidzoona

11:51

Assalamualaikum. Bersempena Hari Ibu yang disambut pada 13 Mei yang lalu, kami bawa Thaqif pergi bermain di Aeon Fantasy Kidzoona, Rawang. Kami selalu ke Aeon Rawang sebab berdekatan dengan rumah tetapi tidak pernah untuk bawa Thaqif ke Kidzoona.

Bagaimana boleh ke sini, al kisahnya bermula pada malam tadi. Kami ke Kota Dame dan kebetulan ada belon slide besar dekat situ. Thaqif mengamuk-ngamuk hendak bermain tapi tempat tersebut tidak bersih serta licin kerana baru lepas hujan.

Punya susah hendak pujuk maka mama janji untuk bawa Thaqif ke Kidzoona. Maka janji ditepati. Dedi jadi peneman Thaqif dan mama hanya tunggu diluar bersama Huwainaa.

Kaunter pendaftaran dan pembayaran

Kemain seronok dia tahu dia dapat masuk

RM 17 per head tidak termasuk stokin

Ibu bapa boleh menunggu anak bermain

Ruangan puzzle

Ruangan Kinetic Sand

Mama dan Huwainaa sedang tunggu abg Thaqif

Tolak Thaqif.. jangan tak tolak

Ruangan luas dan selamat untuk anak-anak

Balloon slide, Thaqif mengamuk sebab hendak main permainan ini lah

Thaqif lemas dalam ribuan bola

Selamat Hari Bapa.. eh bulan depan.. 

Berapa lama kita nak tunggu abg Thaqif main mama..

Nasihat Fiza kalau hendak ke sini bawa stokin sendiri, kalau tidak melayang RM 4 untuk stokin dewasa dan RM 3 untuk stokin kanak-kanak. Waktu bermain unlimited. Jadi kami beri Thaqif bermain sehingga di sendiri minta untuk keluar dari Kidzoona. Mana tak nya, dedi bagitahu budak yang lebih besar buli Thaqif. 

Alahai anak mama, baiknya. Budak perempuan pula tu yang buli. Sabar jela. Walau pun begitu, mama tengok Thaqif happy. 

Wassalam.

You Might Also Like

3 kitty baik hati komen

  1. kadang-kadang kita orang besar yang seronok tengok benda-benda macam ni kan..hehee

    ReplyDelete
  2. Memang puas main kalau bebudak dapat masuk dalam ini..

    ReplyDelete
  3. waaaa. seronok dia.. hehe. tapi kadang2 takut jugak nak bawa budak pegi tempat2 camni..

    ReplyDelete

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah