Hari raya kedua ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

11:46

Assalamualaikum. Cuti raya panjang kalau tak berjalan-jalan, pusing-pusing Kelantan memang rugilah.

Raya kedua kami ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Mujur waktu itu jalan pun tak sesak, dan kurang pengunjung kerana masih ramai yang beraya. Tapi kedai dan gerai di rantau panjamg buka macam biasa. Seronok jalan bila orang tidak ramai, kalau sesak Fiza pun malas nak pergi.


Niat suami nak jenguk-jenguk jersi bola dan beli beras untuk dibawa balik ke Rawang nanti. Jersi kami tak beli tapi beras siam wajib beli.

Biar suami yang pilih, kalau Fiza karang macam-macam nak beli

Lepas beli beras dan buat tangan untuk pejabat suami, kami singgah di kedai mainan. Macam biasa singgah kedai mainan beli mainan untuk Thaqif sebab kat Rantau Panjang harga mainan lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di Shopping Mall.

Rambang mata yer abang Thaqif

Super Wing juga menjadi pilihan hati

Tolong bawa mainan Huwainaa sekali

Habis raya hari kedua. Raya ketiga kami bersama keluarga mertua hendak berkelah di pantai. Pantai mana yang kami akan pergi? Nantikan entry seterusnya.

Wassalam.



You Might Also Like

4 kitty baik hati komen