Bergambar di Pantai Senok, Pulau Nami Malaysia

15:23

Assalamualaikum. Sedar tak sedar hari ini sudah 18 Syawal bermakna tinggal 12 hari lagi nak beraya. Cerita beraya di Kelantan masih belum habis update sebab penyakit malas melanda.

Simpan cerita banyak-banyak jadi tepu dalam kepala otak. Balik kepada tajuk cerita, raya ketiga kami sekeluarga bersama Famili mertua berjalan ke pantai. Selalunya pantai yang kami selalu pergi ialah pantai Tok Bali. 

Sambil lalu dari Kota Bharu, kami singgah di Bachok untuk melihat sendiri keindahan Pantai Senok yang dikaitkan dengan suasana seperti berada di Pulau Nami, Korea Selatan.

Keluarga kecil kami

Huwainaa Khayra 5 bulan

Tok Ma dan Tok Bah bersama semua cucu

Adik ipar Faezah

Tarikan utama Pantai Senok adalah deretan beratus-ratus pokok ru yang ditanam dalam barisan seakan-akan di Pulau Nami, Korea Selatan

Cantik pemandangan pokok ru

Famili mertua

Tempat yang memang sesuai untuk lokasi bergambar. Tetapi sayangnya tempat ini gagal diurus dengan baik sehingga dicemari dengan banyak sampah sarap. Kami nak dapatkan lokasi yang tiada sampah pun ambil masa. Harap ada pihak campur tangan untuk mengatasi masalah ini.

Kami ke Pantai Senok hanya untuk bergambar. Destinasi seterusnya kami ke Pantai Irama, tetapi kami tidak berhenti kerana terlalu ramai pengunjung.

Terus ke Pantai Tok Bali sebab itu perancangan awal. Di Pantai Tok Bali selesa sedikit untuk mandi dan kami akan cari kawasan yang kurang pengunjung memandangkan pantainya lebih panjang dan bersih. 

Dalam sehari kami singgah 3 pantai. Cerita mandi manda di Pantai Tok Bali akan Fiza tulis dalam entry seterusnya. 

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. pernah g skali..tmpat cantik tp sampah banyak..dan bau tak enak..trus xpergi2 smpai sekarang..haha

    ReplyDelete
  2. Cantik pantainya.. Namun sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata akan mencemarkan kecantikkan ini..

    ReplyDelete

Bacaan tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah