Assalamualaikum. Bercerita mengenai hobi anak. Anak Fiza yang sulung si Thaqif. Baru berumur 3 tahun tapi ada minat yang jarang budak-budak sebaya dia minat juga. Kanak-kanak lain minat mengumpul mainan seperti kereta atau suka kumpul barang mainan. Tetapi Thaqif hobi dia mengumpul dan bermain dengan kipas.
Kalau keluar berjalan ke mana-mana mesti dia akan fokus untuk mencari kipas. Kipas elektrik yang besar-besar dia akan tengok sahaja dan kadang-kadang minta nak beli. Tapi Fiza akan cakap kipas itu sudah ada di rumah.
Mula-mula Fiza belikan mekanikal menggunakan kipas tangan. Mujur harga dalam lingkungan RM 6 hingga RM 10 sahaja. Dapat juga kumpul dan dijadikan koleksi untuk Thaqif.
Kebetulan di kedai ECO pun ada menjual kipas menggunakan bateri dan bentuk seakan-akan kipas sebenar. Thaqif kalau nampak kalau boleh semua dia nak beli. Kipas tersebut menggunakan bateri dan bentuk pun seakan-akan kipas sebenar.
Dia akan susun kipas
Koleksi kipas RM 2 ECO
Fiza pun dah terikut dengan Thaqif nie. Kalau keluar pergi jalan-jalan, terjumpa kipas mainan Fiza akan belikan untuk Thaqif. Sebab Thaqif tak minat dengan mainan lain, jadi mama belikan kipas untuk Thaqif. Jangan terbang satu rumah sudahlah.
Sejak anak-anak ada kenderaan sendiri, dorang susah nak lekat di rumah. Asyik keluar jumpa kawan-kawan je. Mama pula duduk di rumah layan drama korea yang berbakul-bakul record lepas tu tak tengok-tengok. Ayat macam anak dah besar kan.
Mana ada macam tu. Semua itu rekaan semata-mata. Sebenarnya sejak dorang nie ada kenderaan sendiri, hari minggu Fiza mesti nak bawa dorang nie bermain depan rumah. Kalau tak tersadai la kenderaan dorang nie dalam rumah.
Huwainaa dan mini coopernya
Thaqif dengan scrambler bikenya
Kes berebut kenderaan memang biasa la dua beradik nie kalau dalam rumah walaupun sudah ada sorang satu. Tak boleh nak buat apa dah. Perhati jela jangan sampai ada yang menangis.
My lovely kiddos
Hari biasa sibuk dengan kerja, hari minggu sibuk melayan anak-anak. Begitulah kehidupan. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam bahagia aman dan bahagia.
Assalamualaikum. Minggu lepas tanggal 16 Oktober 2018 Fiza mendapat sedikit dugaan di mana kereta Myvi Kitty kesayangan mendapat retak cermin. Bukan sedikit tapi cermin belakang retak keseluruhan. Pada mulanya memang tidak percaya dengan apa yang terjadi tapi Fiza redha sebab perkara sudah nak terjadi.
Cermin belakang retak keseluruhan
Insiden berlaku dalam kawasan perumahan. Cerita bermula apabila selesai menghantar anak di nursery, Fiza pun memandu kereta untuk ke pejabat. Sedang melalui kawasan perumahan, terdapat seorang pekerja sedang memotong rumput di tepi jalan.
Fiza pun memandu seperti biasa walaupun hati memang tidak pernah senang kalau terlihat ada pekerja sedang memotong rumput. Banyak cerita Fiza baca tentang batu terbang waktu sedang memotong rumput.
Lalu sahaja melintasi pekerja tersebut yang sibuk memotong rumput tiba-tiba seperti ada satu tembakan mengenai cermin belakang. Sekelip mata cermin itu retak dan bunyi retak dia memang Fiza ingat sampai sekarang. Lembut je bunyi retak tu.
Dari pandangan dalam
Bila pandang ke belakang, Ya Allah tidak percaya padahal jarak antara pekerja yang memotong rumput dengan kereta sudah agak jauh. Ini semua ketentuan.
Fiza pun berhentikan kereta dan memanggil pekerja tersebut untuk membayar kos ganti rugi. Pada awalnya dia enggan. Fiza telefon suami dan suami meminta untuk membuat laporan polis.
Pekerja Bangladesh tersebut terasa seperti terancam dan apabila Fiza meminta passport, dia tidak dapat berikan. Tetapi setelah membuat panggilan dengan kontraktor yang bertanggungjawab, akhirnya dia bersetuju untuk memberi sedikit wang ganti rugi.
Pekerja pemotong rumput yang dipertanggungjawab untuk membayar ganti rugi
Alhamdulillah, sekarang semuanya sudah selesai, cermin pun sudah ditukar dan masalah telah selesai. Lepas ini Fiza akan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan pekerja yang sedang memotong rumput. Serik rasanya apabila cermin kereta original sudah tiada dan wang pun sedikit melayang.
Untuk pembaca yang seperti Fiza, sebagai peringatan sekiranya berlaku pada korang juga. Jangan biarkan mereka lepas tangan. Pastikan mereka membayar ganti rugi.
Anda mencari pengangkutan yang sesuai untuk berpindah? Menjadi permasalahan besar apabila anda hendak berpindah. Mana hendak mencari lori. Mana hendak mencari pekerja untuk mengangkat barang-barang. Berapa banyak trip perlu diambil sekiranya lori kecil dan barang yang hendak diangkut pula banyak. Kalau memikir masalah-masalah yang bakal timbul maka proses pemindahan menjadi semakin sukar dan membebankan.
Senang Pindah bakal menyelesaikan masalah anda dan menjanjikan servis perkhimatan terbaik buat pelanggannya. Anda perlukan pengangkutan, Senang Pindah akan turut menyediakan pemandu lori serta pasukan mereka yang kompeten dan bertangungjawab bagi menguruskan pindah barang anda ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Lokasi Servis
Bagaimana dengan harga?
Jangan risau kerana Senang Pindah menyediakan servis pindah dengan harga yang berpatutan mengikut bajet anda. Hubungi mereka untuk mendapatkan sebut harga dan tinjauan tapak bagi menganggar keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan dan ia adalah PERCUMA.
Harga Pakej Lori Sewa Sahaja
*Tertakluk terma dan syarat
Senang Pindah memberi servis lori sewa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan mereka akan membantu anda membungkus, memuatkan, mengangkut, membongkar dan memindahkan barangan serta perabot anda. Servis dijamin selamat kerana setiap lori dilengkapi dengan tali, troli dan bahan pembungkus.
Selain itu, sekiranya mana-mana syarikat ingin membuat perpindahan peralatan pejabat seperti meja pejabat dan peralatan elektronik seperti komputer. Usah risau kerana pasukan profesional mereka akan membantu dalam memastikan barang dibungkus dan dipindah secara selamat.
Assalamualaikum. Bercerita pasal adik beradik nie, kalau ada barang mainan atau makanan, tak berebut itu sesuatu yang pelik. Kadang-kadang bukan beli satu, beli dua pun berebut. Kita kecik-kecik dulu pun macam tu. Naik pening mak kita dibuatnya. Sekarang menurun kat anak kita pula.
Kisahnya si abang Thaqif memang jenis kedekut sikit. Barang mainan dia memang sah dia punya, barang mainan Huwainaa pun tetap dia punya. Menjeritlah di adik kalau mainan dia dirampas tiba-tiba.
Sekarang Huwainaa pun sudah pandai berebut mainan abang Thaqif. Kereta elektrik milik Thaqif sebelum ini berparking elok jer tidak diusik. Bila Huwainaa hendak main, mula la Thaqif pun nak masuk jugak. Hari-hari macam itu. Kami pun belikan motosikal elektrik pula buat Thaqif.
Awal bulan lepas kami ke Pusat Borong Permainan Kanak-kanak Chow Kit. Memang rambang mata dibuatnya. Niat hendak membeli motosikal elektrik untuk Thaqif tetapi terbeli sekali Kids Push Car untuk Huwainaa. Harapannya tiada lagi kes berebut kenderaan.
Electric Scrambler Bike
Dengan ciri-ciri:
🛵Battery powered Ride on dirt bike scrambler style motorcycle toy for kids
🛵Includes stabilizers for extra stability
🛵Powered by a 6 volt battery (included)
🛵Forward speed up to 8kmh
🛵Realistic Motocross attachments
🛵Horn sounds and front lights
🛵Suitable for ages 2+ with a max load: 35kg
🛵Orange body colour with black seat and coloured parts
🛵Includes rechargeable battery and charger
🛵Has Air Tyres That Delivers High Top Notch Performance
🛵MP3 AND USB music socket to keep your children entertained
Hippo Kids Push Car untuk Huwainna.
Abang Thaqif masih nak cuba dan akhirnya menjadi miliknya
Bertabahlah wahai Huwainaa
Lawak betul perangai anak-anak nie. Fiza kalau tak jadi tarzan kat rumah memang tak sah. Tapi itu lah, layan jer perangai dorang nie sebab anak-anak cepat membesar. Mama mesti rindu perangai dorang nie bila dorang sudah besar.
Assalamualaikum semua pembaca. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Tiga minggu lepas kami sekeluarga ke pusat memborong permainan kanak-kanak yang terletak di Jalan Raja Laut, Chow Kit, Kuala Lumpur.
Pelbagai jenis permainan kanak-kanak di sekitar Jalan Raja Laut nie. Yang korang perlu buat hanya pilih kedai je sebab sepanjang jalan hanya permainan kanak-kanak. Cerita bagaimana kami ke sini apabila si Huwainaa sudah pandai berebut kereta elektrik Abang Thaqif. Kami pun bercadang untuk dapatkan satu lagi permainan kenderaan elektrik untuk si Thaqif.
Salah satu kedai pemborong permainan kanak-kanak
Pertama kali ke sini. Pada mulanya rambang mata nak pilih kedai sebab semuanya kedai permainan. Bila masuk dalam salah satu kedai pula, rambang mata bila melihat pelbagai jenis kenderaan elektrik untuk kanak-kanak.
Mula-mula pergi ke bahagian kereta. Seperti pergi Show Room kenderaan mewah. Harga pun boleh tahan mahalnya. Design kereta memang sangat menarik dah nampak macam kereta betul.
Show Room kereta mewah
Electric Car dengan Remote Control
Hello kitty Kids Push Car
Selepas round-round, kami hendak membeli motosikal elektrik untuk Thaqif. Cari punya cari kami tertarik pada Scrambler bike. Oleh kerana Thaqif pun tinggi, sesuai sangat motosikal scrambler dengan dia.
Show Room motosikal elektrik
Scooter yang menarik perhatian Fiza
Huwainaa pun nak jugak mama
Abg Thaqif buat percubaan menunggang motosikal
Selepas pandu uji, kami pun beli untuk Thaqif sebuah motosikal elektrik dan Huwainaa pun ada juga permainan untuk dia. Harap lepas ini korang dua beradik tak berebut permainan. Motosikal mana menjadi pilihan kami, nantikan entry seterusnya.
Assalamualaikum. Fiza memang tak boleh tengok barangan Hello Kitty. Mesti menangkap mata nak beli. Mujur lah ada baucer daripada Lazada Shopathon Blogger Contest.
Hello Kitty Egg Shell
Backpack
Comel dan terpikat
Huwainaa nak galas ke beg nie mama.
Macam kura-kura pula mama tengok.
Untuk lengkapkan koleksi beg design ini, ada juga jenis trolley luggage berukuran 18 inci. Dalam wishlist untuk Fiza dapatkan insya allah. Kalau dapat alangkah seronoknya. Boleh bawa travel balik kampung.
Assalamualaikum. Jenama beg tangan yang menjadi kegemaran Fiza adalah Carlo Rino. Sebelum ini pun Fiza pernah ceritakan beg Carlo Rino yang Fiza miliki.
Rezeki lagi bila dapat memiliki beg yang sangat cantik dan berkualiti dengan menggunakan baucer daripada Lazada Shopathon Blogger Contest.
Top-handle bag
Color : Beige
0304242A-001
Dua bahagian dalaman beg
Extra Strap Shoulder Drop
Beg didatangkan dengan Dust Bag
Beg Satchel yang sangat selesa dipakai, design yang cantik serta kemas. Boleh dipakai ke pejabat ataupun ketika bersantai. Harga yang masih mampu dimiliki jika hendak dibandingkan dengan jenama beg ternama yang lain. Sebab itu Fiza memilih Carlo Rino.
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Parcel untuk penebusan baucer RM 150 hasil daripada Lazada Shopathon Blogger Contest telah sampai beberapa hari yang lepas. Nak tahu Fiza buat penebusan apa? Fiza ambil beg Top-handle bag jenama Carlo Rino dan juga Egg Shell Hello Kitty Backpack.
Screenshot daripada website Lazada MY
Screenshot daripada website Lazada MY
Fiza buat pesanan pada hari Isnin dan barang sampai serentak pada hari Selasa. Cepat dan barang sampai dalam bungkusan yang sangat kemas.
Parcel sampai serentak
Beg Carlo Rino Satchel
Egg Shell Hello Kitty Backpack
Harga untuk beg Carlo Rino selepas diskaun 70% hanya RM 107.10 daripada harga asal RM 357. Berbaloi beli semasa Lazada MY dan Carlo Rino semasa dorang tengah buat promosi potongan harga.
Beg Egg Shell Hello Kitty pula memang dalam wishlist barang yang nak dibeli. Harga sebenar RM 69 tetapi sewaktu promosi hanya RM 38.90.
Total Summary
Fiza hanya perlu membayar kos penghantaran sahaja memandangkan jumlah penebusan tidak melebihi jumlah baucer yang diterima.
Apa-apa pun Fiza sangat puas hati dengan barang yang diterima. Seronok dapat handbag baru dan beg hello kitty untuk Huwainaa. Fiza akan review barang yang diterima dalam entry yang lain pula.
Ada lagi satu baucer RM 150 yang masih belum guna. Nak beli apa pula untuk Dedi dan abang Thaqif. Tunggu waktu free nak godek-godek website Lazada MY.