Pusingan Akhir Oh! Manisnya Anak Mama di My Baby Expo 2019 PWTC

12:20

Assalamualaikum. Seminggu sebelum berpuasa, rezeki Huwainaa untuk terpilih menghadiri pusingan akhir peraduan Oh! Manisnya Anak Mama anjuran Kelab Mama. Terima kasih pada yang mengundi Huwainaa. Fiza pun tidak letakkan harapan untuk Huwainaa sampai ke peringkat akhir. Menang kalah belakang kira, janji mama dapat pengalaman hantar Huwainaa menghadiri sesi photoshot.


Pusingan Akhir Oh! Manisnya Anak Mama di My Baby Expo PWTC | Emel panggilan Fiza terima lebih kurang 4 hari sebelum tarikh untuk menghadirkan diri. Mujur ia diadakan di PWTC. Dekat untuk kami ke sana. Sesi photo shot berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 April 2019. Tetapi ibubapa diberi pilihan untuk memilih tarikh untuk datang.

Emel diterima dari Kelab Mama

Kami memilih untuk hadir pada 27 April 2019, Sabtu. Kami tiba di PWTC jam 11 pagi. Sewaktu tiba, giliran Huwainaa untuk photoshot bernombor 118. Ramainya baby yang hadir. Sewaktu menunggu giliran boleh lihat macam-macam aksi baby, ada yang menangis, ada yang tak nak bergambar, dan macam-macam lagi.

Persiapan pakaian untuk Huwainaa, tema princess

Terlintas juga di fikiran, Huwainaa nanti macam mana la. Dia dah la takut orang. Memang pasrah jelah sebab bukan permintaan dia pun untuk datang sini. Dengan tema last minute, dan bertanyakan kawan-kawan tema apa yang sesuai. Ramai yang cadangkan untuk berikan Huwainaa gaun bertingkat.


Huwainaa terima je apa dress yang mama bagi kat dia



Booth Photo shoot Kalab Mama 
Tiba giliran kami, Huwainaa pun kami letakkan depan photographer. Apa lagi terus dia lari pergi kat mama dia. Adui, waktu ini memang kami tak boleh buat apa. Dia tak nak berdiri, dilembik kan kaki dia sambil buat muka tak nak.

Puas minta senyum, muka selamba yang dia buat

Puaslah kami pujuk, siap dah nak berguling mama atas lantai sebab nak suruh Huwainaa berdiri. Perangai betul. Banyak gambar yang mereka ambil Tapi memang puji betul dengan photographer kat situ sebab pandai tarik perhatian baby-baby untuk bergambar.

Lega bila sudah selesai
Beginilah hasil gambar Huwainaa. Semua gambar nak lari sebenarnya. Dua lagi tu dia buat lembut lutut. Tak nak berdiri. Keputusan rasmi mereka akan umumkan pada 28 April 2019. Kami berbelah bahagi untuk datang lagi ke sini atau tidak sebab datang semata-mata untuk mendengar keputusan sahaja.




Tipulah kalau tiada perasaan untuk menang kan. Fiza pun ada juga letakkan harapan untuk menang walaupun Huwainaa tidak memberi reaksi positif semasa sesi bergambar. Kami tetap hadir pada hari pengumuman pemenang tetapi rezeki tidak berpihak pada Huwainaa. 

Walau bagaimanapun, menang kalah adat bertanding. Ada yang datang dengan props dan hiasan yang sangat meriah. Memang mereka layak menang sebabkan kesungguhan.

Fiza tetap bersyukur kerana dapat juga menghadiri My Baby Expo 2019. Kalau Huwainaa tak masuk peringkat akhir, sampai bila-bila pun memang tak berpeluang untuk datang expo sebegini sebab Fiza memang tidak suka bersesak-sesak.

Nantikan entry seterusnya mengenai My Baby Expo 2019 yang berlangsung selama 3 hari di PWTC. Best ke idok berkampung di sini.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. WAH..TAHNIAH HUWAINAA..KECIK2 DAH JADI MODEL..HEHE

    ReplyDelete
  2. Comelnya Huwaina, semoga jadi juara ye..

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah