Penyebab dan punca kanak-kanak tidur berdengkur

13:13

Assalamualaikum. Hari ini awal pagi Fiza dan suami telah membawa anak-anak ke Klinik Kanak-kanak Serena yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Abang Thaqif mengalami masalah sukar untuk bernafas sejak 2 hari lepas manakala baby Huwainaa pula selsema.


Penyebab dan punca kanak-kanak tidur berdengkur  |  Kesihatan Thaqif makin merudum semalam apabila dia kelihatan seperti penat dan bernafas melalui mulut. Waktu tidur pula memang semakin terganggu dan bunyi dengkuran seperti orang dewasa.

Mula-mula kami ingatkan dia hanya mengalami selsema seperti Huwainaa. Huwainaa hingus meleleh tetapi Thaqif tidak. Mungkin juga hidung tersumbat.



Tetapi sangkaan kami meleset apabila berjumpa doktor pakar kanak-kanak. Apabila doktor melihat dalam mulut Thaqif, rupanya tonsilnya bengkak dan bernanah. Disebabkan tonsil tersebut Thaqif tidur berdengkur.


google image
Keadaan tonsil yang normal dan tidak normal. 
Thaqif mengalam tonsil dengan tompok-tompok putih.


Oleh kerana Thaqif terlalu aktif kami tidak perasan waktu bila dia demam kerana tanda awal bengkak tonsil adalah demam dan kurang selera makan. 



Doktor beritahu jangan risau kerana ia memang perkara biasa yang berlaku pada kanak-kanak. Mujur  Thaqif bukan lelah sebab itu yang kami risau. Kesihatan lain pada Thaqif seperti keadaan paru-paru normal dan sihat. Doktor nasihatkan supaya banyakkan minum air dan pastikan kebersihan sentiasa dijaga.



Doktor memberi ubat dan antibiotik yang perlu dihabiskan untuk merawat tonsil tersebut. Tonsil biasanya akan sembuh dalam masa 7 - 10 hari. Memang kesian tengok Thaqif sebab sukar hendak bernafas. Masalah yang lebih teruk jika tidak dirawat, mulut akan berbau dan dikuatiri akan menghalang sistem pernafasan.
 
Ubat Tonsil Thaqif

Ubat selsema Huwainaa

Kerisauan kami terjawab akhirnya. Mujur kami bawa  mereka  cepat ke klinik sebelum ia menjadi semakin teruk. Mama doakan Thaqif cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa, begitu juga Huwainaa. Patutlah mood dia kelaut dalam 2-3 hari ini. 

Anak-anak kalau tidak sihat, ibu bapa paling penat sebab mereka kuat merengek kerana kurang selesa. Tidur pun memang tergangung. Cepatlah sembuh anak-anak mama. Amin.

Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. Tetiba teringat anak saudara umur 5 tahun asyik dengkur je

    ReplyDelete
  2. Allah.. sempga kembali sihat ye Thaqif..

    ReplyDelete


Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah