Majlis Menandatangani MOU & Perasmian Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia

12:04

Assalamualaikum. 

Pada hari Sabtu, 13 Julai 2019, Fiza berkesempatan untuk hadir dalam satu Majlis Menandatangani MOU & Perasmian Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang bertempat di MM Synergy Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 

Majlis yang diadakan berjalan dengan jayanya apabila Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang telah berjaya dilancarkan. Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia adalah program usahasama antara MMSOS dengan Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia. 

Majlis Menandatangani MOU & Perasmian Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia
MMSOS Menyasarkan Golongan Belia dan Kaum Wanita untuk menjadi Usahawan


Aplikasi MMSOS "PANIC BUTTON" merupakan aplikasi yang menyediakan bantuan perlindungan dan pemyelamatan "Creating Awareness", menjana pendapatan dan peluang pelerjaan kepada komuniti masyarakat terutamanya belia dan kaum wanita. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.

MMSOS - Aplikasi Kecemasan Pertama Di Malaysia

Bidang Keusahawanan sememangnya diiktiraf sebagai antara bidang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan dan namun ia masih lagi di peringkat permulaan di negara ini dengan penglibatan golongan belia yang menjadikannya sebagai kerjaya dan dilihat masih sedikit. Oleh itu, MMSOS kini berusaha menggiatkan satu ekosistem, menggalakkan anak-anak muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang usahawan.

Bertempat di MM Synergy Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu, MMSOS mengatur langkas selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara berada di peringkat antarabangsa dengan mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan golongan belia dan kaum wanita sebagai usahawan yang sihat, berintegriti, berdaya saing dan lebih kompetitif.



Dengan dana 8 juta daripada Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Pusat Dewan Ekonomi Usahaman Malaysia iaitu Dato' Seri Khairul Khuzaini Zamzani, dengan menyasarkan 1000 usahawan belia akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan menerusi Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang telah dilancarkan.




MMSOS berharap program ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya, seterusnya memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan serta mengurangkan masalah penggangguran.






Fiza juga hendak mengucapkan beribu tahniah buat MMSOS dan Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia di atas penubuhan Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia.

Wassalam.

You Might Also Like

1 kitty baik hati komen

  1. Wanita terutamanya kena subscribe MMSOS untuk kecemasan kan

    ReplyDelete


Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

PA&MA OKT 2018

PA&MA OKT 2018
Mama dan Huwainaa masuk majalah

PA&MA NOV 2018

PA&MA NOV 2018
Huwainaa dalam majalah

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah